Artikel oleh Suhana Mohd Ariffin

RMMJ REALISASI HASRAT MILIKI RUMAH

  Impian memiliki kediaman sendiri yang selesa akhirnya menjadi realiti apabila 346 pembeli Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Rumah Bandar Laman Putra, dekat Kulai hari ini menerima kunci rumah masing-masing.   Pembeli RMMJ kategori B rumah bandar atau ‘town house’, Mazuan Midin dan isterinya Nur Haliza Johari tidak menyangka impian untuk memiliki rumah sendiri […]

INOVASI PENTING BANTU TINGKAT PRODUKTIVITI

  Inovasi melibatkan kaedah pengubahsuaian dan penambahbaikan termasuk penggunaan teknologi moden dalam sektor pertanian memainkan peranan sangat penting untuk meningkatkan produktiviti aktiviti serta pengeluaran hasil sekali gus menjayakan agenda keterjaminan bekalan makanan.   Disokong dengan kreativiti, penggunaan pelbagai mekanisasi seperti penggunaan teknologi dron dan kewujudan platform pemasaran dalam talian telah memudahkan serta memberikan manfaat besar […]

WAFI & WAFA, TEMAN BAHARU ANAK-ANAK JOHOR

  Anak-anak di Johor bakal mempunyai teman baharu tidak lama lagi apabila watak ‘Wafi & Wafa’ akan menjadi karekter utama dalam siri buku pembelajaran kanak-kanak yang diterbitkan oleh Kerajaan Johor sebagai inisiatif dalam menyemai nilai jati diri serta elemen budaya, selain menyokong perkembangan kanak-kanak yang lebih menyeluruh merangkumi fizikal, kreativiti dan estetika.   Buku Cilik […]

LINDUNGI DAN PERKASA WANITA BERSAMA!

  Kerajaan Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) komited memperkasa golongan wanita di negeri ini, yang diterjemahkan dalam 10 resolusi dibentangkan pada Konvensyen Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Negeri Johor (KOMENTAR) 2024.   Resolusi berkenaan adalah pengukuhan ekonomi dan usahawan wanita; pembangunan direktori kepimpinan wanita; peningkatan kesejahteraan psikososial dan kesihatan mental; pengukuhan […]

PORT BAHARU ‘RC CRAWLER’ DI MUO!

  Saiz lebih kecil berbanding kereta sebenar tetapi cukup lasak seperti kenderaan pacuan empat roda (4×4) membolehkan kereta mini 4×4 atau ‘RC Crawler’ dijadikan antara permainan kegilaan golongan lelaki dewasa masa kini.   Bagi Zulfadly Ahmad, 32, yang merupakan Pengerusi Muar Remote Control Community (MRCC), 32, orang ramai mula membuka mata dan mengenali RC Crawler […]

PENGURUSAN CEKAP, KURANGKAN KERUGIAN

  Nilai kerugian disebabkan bencana banjir seluruh negara pada tahun lalu berjaya dikurangkan daripada RM1.03 bilion pada 2022 kepada RM755 juta.   Hasil pengurangan jumlah kerugian tersebut didorong oleh kecekapan semua pihak melalui konsep Pengurangan Risiko Bencana yang menggemblingkan tenaga semua agensi berkaitan.   Penglibatan semua pihak serta penyelarasan yang betul membolehkan gerak kerja pengurusan […]

SAJIAN LAKSA ERAT PERPADUAN BANGSA JOHOR

  Siapa sangka, perniagaan sajian laksa yang sudah hampir seabad ini masih kekal utuh hingga ke sekarang serta mengeratkan lagi perpaduan Bangsa Johor yang meminati hidangan tersebut.   Laksa yang mempunyai ramuan tersendiri ini mula beroperasi di kantin Sekolah Menengah Foon Yew pada tahun 1976 kemudiannya berpindah ke Jalan Pandan, sebelum mendapat tempat yang lebih […]

REZEKI SAJIAN MAKANAN VIETNAM

  Semangat yang tidak pernah luntur dalam mengharungi dunia perniagaan terutama bidang pemakanan menjadikan pengusaha restoran Dapur Cipuk cekal berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.   Berkelana selama empat tahun di Vietnam, pengalaman hidup di negara orang nyata memberikan inspirasi kepada Norsahnida Suliman untuk memulakan perniagaan berasaskan makanan negara Asia Tenggara itu sebaik sahaja pulang […]

PROGRAM GERAK KERJAYA BUKA PINTU REZEKI BUAT AINA

  “Ini semua hasil keberkatan doa ibu saya”. Itulah antara kata-kata yang diucapkan oleh Aina Nabila Faizah, 29 yang berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai perunding Takaful selepas menghadiri temu duga terbuka di Gerak Kerjaya ‘MYFutureJobs’ di Tangkak.   Bakal menamatkan pengajian sarjana dalam jurusan kejuruteraan bioproses di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Aina sudah bersedia sejak tengah […]

KEJAYAAN KULAI FAST LANE DIIKTIRAF DAN WAJAR DICONTOHI

  Pelaksanaan Kulai Fast Lane (KFL) oleh Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) serta penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menerima pengiktirafan oleh YBhg. Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiusaha Negara.   Pengiktirafan tersebut dizahirkan beliau ketika mengadakan lawatan kerja ke MPKu selain turut menyuarakan keyakinan inisiatif berkenaan berpotensi meningkatkan […]