BANJIR KILAT : BOMBA, APM, MBJB BERTINDAK PROAKTIF


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Johor serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor menyelamatkan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dalam banjir kilat, hari ini. | Foto ihsan JBPM Negeri Johor, APM Negeri Johor & MBJB

 

Hujan lebat selama hampir dua jam mengakibatkan beberapa kawasan sekitar bandar raya Johor Bahru dilanda banjir kilat.

 

Antara kawasan terjejas adalah Kampung Mohd Amin, Nong Chik, Majidee, Taman Melodies, Stulang Darat dan Ayer Molek.

 

Bagaimanapun, tindakan proaktif telah diambil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Johor serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor.

 

Antara tindakan diambil adalah melakukan penyelamatan 46 mangsa terdiri daripada 38 pelajar, guru (enam), warga emas (dua) terperangkap dalam banjir selain pemantauan keadaan banjir dan kawasan berisiko banjir.

 

Di samping itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menerusi skuad kilat dan unit penguatkuasaan telah memastikan kelancaran laluan air serta mengalihkan kenderaan yang terperangkap.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor