BANK RAKYAT SUMBANG SET PAM AIR


Program Kebersihan dan Keindahan Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok, dekat Segamat pada Ahad disertai Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) dan Bank Rakyat. | Foto Ihsan, FB JPNJ.

 

ISKANDAR PUTERI — Bank Rakyat menyumbang set pam air beserta kelengkapan sempena Program Kebersihan dan Keindahan Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok, dekat Segamat pada Ahad.

 

Memetik siaran dimuat naik dalam Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Johor, set pam berserta kelengkapan itu disumbangkan bagi kegunaan mengepam air ke tangki utama sekiranya sistem bekalan paip utama menghadapi masalah.

 

“Pam air tersebut telah diuji guna dan boleh berfungsi membekalkan air untuk kegunaan mengepam air ke tangki utama dan tandas, pejabat dan kemudahan surau,” jelas Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

 

Selain itu, Jabatan Perhutanan Negeri Johor memaklumkan turut diadakan aktiviti kelestarian melibatkan warga kerja Bank Rakyat termasuklah mengecat pintu gerbang dan pembersihan sungai.

 

“Pada akhir program, pihak Bank Rakyat telah menyatakan komitmen untuk terus menjalinkan kerjasama dengan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Johor dalam usaha-usaha kelestarian alam sekitar di Taman Eko Rimba.

 

“Jabatan Perhutanan Negeri Johor sentiasa mengalu alukan badan korporat mahupun swasta yang ingin menjalinkan kerjasama dan menyumbang dalam usaha pemeliharaan keindahan Taman Eko Rimba di seluruh negeri Johor,” jelas Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor