75 KANAK-KANAK KULAI IKUTI PROGRAM BACA LAB


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor bersama kanak-kanak sekitar kawasan Kulai menyertai program BACA LAB, semalam. | Foto ihsan Facebook Mohd Jafni Md Shukor

 

ISKANDAR PUTERI — Seramai 75 kanak-kanak sekitar kawasan Kulai menyertai program BACA LAB anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, program kelas membaca dengan kerjasama EduCity itu bertujuan membantu pelajar sekolah rendah menguasai kemahiran membaca.

 

Menurutnya, dengan fasiliti disediakan sepenuhnya oleh Pusat Khidmat DUN Bukit Permai, kelas yang diadakan setiap minggu itu mendapat khidmat tenaga pengajar profesional dan bahan belajar daripada EduCity.

 

“Setakat hari ini jumlah anak-anak yang menyertai BACA LAB adalah seramai 75 orang dari kawasan Kulai. Program BACA LAB ini juga merupakan inisiatif Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika beliau menjadi EXCO Belia, Sukan dan Pelancongan serta ADUN Layang-Layang dengan nama DIDIK LAYANG-LAYANG.

 

“Terima kasih atas inisiatif yang baik dari Menteri Besar, EduCity dan Iskandar Investment Berhad,” katanya dalam Facebook rasminya, pada Sabtu.

 

Mohd Jafni yang juga EXCO Kerajaan Johor memaklumkan program itu mendapat maklum balas positif daripada ibu bapa, guru dan anak-anak, serta bakal diperluas pada masa akan datang.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor