BANTUAN MAINJ RINGANKAN BEBAN ANAK JOHOR
#IskandarPuteri – Bantuan pendidikan disediakan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) meringankan beban kewangan ibu bapa dan pelajar serta memastikan rakyat di negeri ini mendapat akses pendidikan berkualiti yang menjadi tonggak utama pembangunan Johor.
Bagi Muhammad Khir Amran, 25, pelajar jurusan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir berterima kasih atas bantuan tambang melanjutkan pengajian ke luar negara diterima yang membantunya menampung perbelanjaan untuk pulang selepas tamat belajar.
Bantuan diterima pemuda dari Pontian itu memberi kelegaan seterusnya meringankan beban kewangan dan dapat digunakan untuk perbelanjaan tambahan lain mengejar cita-cita sekali gus menjadi pemangkin semangat menimba ilmu di menara gading.
Sementara itu, Muhammad Nur Alif Salihan, 19, menzahirkan rasa syukur dan gembira atas bantuan komputer riba diterima daripada MAINJ yang disifatkan sangat penting serta membantu dalam proses pembelajarannya.
Bantuan berkenaan juga meringankan beban dan menjimatkan kos perbelanjaan pelajar semester dua dalam jurusan Diploma Pendidikan Islam di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) untuk membeli peranti.
Terdahulu, MAINJ melancarkan skim bantuan pendidikan tahun 2025 yang pelbagai meliputi sumbangan tunai, pakaian sekolah, naik taraf prasarana, program motivasi, pembelian ‘smartboard’ selain bantuan akses pendidikan lain seperti bantuan pendaftaran IPT, komputer riba, tambang, dermasiswa serta pinjaman Qard Hassan.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor