BELANJAWAN 2024 AMBIL KIRA KEPERLUAN JOHOR : MENTERI BESAR
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz menzahirkan kesyukuran dan rasa gembira terhadap Belanjawan 2024 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah turut mengambil kira aspek dan projek pembangunan diperlukan di Johor.
“Semoga segala perancangan dan usaha ini berjalan dengan lancar serta dapat memberikan manfaat terbaik kepada Bangsa Johor, seiring dengan hasrat menjadikan Negeri Johor sebuah negeri maju menjelang tahun 2030,” kata beliau.
Terdahulu, Belanjawan 2024 dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan memberikan tumpuan kepada keperluan rakyat melibatkan infrastruktur jalan, kesihatan, pendidikan, kemudahan asas dan peningkatan ekonomi.
Tambah Onn Hafiz, kesemua intipati yang diperuntukkan kepada Johor terus menjadi tunjang utama dalam pembangunan Negeri Johor.
Menteri Besar turut mengajak untuk mendengar Belanjawan Johor 2024 yang meletakkan kepentingan Bangsa Johor sebagai intipati utama yang akan dibentangkan pada bulan hadapan.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor