BELIA JOHOR DIGALAK AKTIF DALAM PERTANIAN


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip menyerahkan insentif kepada wakil belia tani di negeri ini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Jabatan Pertanian Negeri Johor menganjurkan Seminar Agroyouth 2023 bagi memberi pendedahan kepada belia di negeri ini, mengenai sektor pertanian dan menggalakkan penglibatan golongan berkenaan dalam industri agro makanan.

 

Menerusi seminar itu, usahawan belia tani diseru merebut peluang disediakan oleh kerajaan selain disaran berhubung dengan Pejabat Pertanian Daerah masing-masing yang sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat serta bantuan.

 

Untuk rekod, sebanyak RM6.2 juta telah diagihkan kepada 1,995 usaha belia tani di seluruh Negeri Johor menerusi insentif disediakan setakat ini, daripada peruntukan keseluruhan iaitu RM19 juta diberikan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

 

Hadir menyempurnakan perasmian Seminar Agroyouth 2023 adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor