MORIMATSU, DIALOG LABUR RM250 JUTA PERLUASKAN OPERASI


Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Fasa 2 Fasiliti Morimatsu Dialog (M) Sdn. Bhd. | Foto MDJ: Nurina Aisyah

 

Morimatsu International Holdings Company Limited dan DIALOG Group Berhad melabur kira-kira RM250 juta bagi mengembangkan operasi fasiliti Morimatsu DIALOG (Malaysia) Sdn. Bhd melibatkan perkhidmatan kejuruteraan dan fabrikasi sehenti.

 

Majlis Pecah Tanah Fasa 2 Fasiliti Morimatsu Dialog (M) Sdn. Bhd. di Morimatsu Dialog (M) Sdn. Bhd. Pengerang, hari ini, telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

 

Dijangka mula beroperasi pada tahun 2025, Menteri Besar memaklumkan kemudahan berkenaan mampu menyokong pertumbuhan keseluruhan dan terus menjadikan Pengerang sebagai destinasi pelaburan pilihan.

 

Malah operasi fasiliti fasa baharu itu bakal menyediakan kira-kira 500 peluang pekerjaan tambahan selain mewujudkan sistem pengeluarannya kepada pelanggan dengan sasaran pendapatan sebanyak RM300 juta setahun.

 

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han; Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Hajah Hazlina Jalil serta Pengerusi Eksekutif DIALOG Group Berhad, Tan Sri Dr. Ngau Boon Keat.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor