BERGSON TERSENARAI KESEBELASAN TERBAIK LIGA JUARA-JUARA AFC 2022


Bergson Da Silva tersenarai dalam kesebelasan terbaik Liga Juara-juara Asia (ACL) 2022 selepas diundi oleh penyokong, baru-baru ini.

 

ISKANDAR PUTERI — Penyerang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva tersenarai dalam kesebelasan terbaik Liga Juara-juara Asia (ACL) 2022 selepas diundi oleh penyokong, baru-baru ini.

 

Menerusi perkongsian Johor Southern Tigers, aksi cemerlang Bergson di pentas tertinggi Asia itu telah membantu JDT layak ke peringkat 16 terbaik buat kali pertama sejak penglibatan JDT dalam kancah Liga Juara-juara Asia.

 

“Aksi hebat Bergson membantu Harimau Selatan layak ke peringkat 16 terbaik buat pertama kali meletakkan penyerang Brazil itu sebaris dengan Zeca dari Daegu FC dan penyerang Al-Hilal, Odion Iglaho,” jelas kenyataan di laman Facebook JOHOR Sounthern Tigers.

 

Pada sesi undian yang sama dilakukan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), penyerang JDT itu turut tersenarai dalam 10 penyerang terbaik ACL 2022 dengan rekod enam gol, 34 perebutan bola di udara dan 20 percubaan ke arah gol.

 

“Pemain penyerang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva telah diletakkan dalam senarai 10 pemain penyerang terbaik dalam kempen Liga Juara-Juara AFC 2022 yang dibuka undian kepada penyokong.

 

“Bergson mendapat perhatian selepas aksi cemerlang membantu Harimau Selatan layak ke peringkat 16 terbaik buat pertama kali,” jelas kenyataan itu.

 

Sementara itu, pemain pertahanan JDT, Leve’re Corbing-Ong turut tersenarai dalam undian Pertahanan Terbaik ACL 2022 selepas menyerlahkan aksi cemerlang dengan rekod tiga bantuan gol, memenangi 30 perebutan bola di udara dan 31 ‘recoveries’ sepanjang musim ACL lalu.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor