KEMUDAHAN TAMAN NEGARA JOHOR GUNUNG LEDANG DINAIK TARAF


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar (tiga dari kanan) melakukan lawatan tapak projek bagi meninjau perkembangan kerja-kerja menaik taraf kemudahan di Taman Negara Johor Gunung Ledang ‘Waterfall’ semalam.

ISKANDAR PUTERI — Perancangan pembangunan bagi menaik taraf kemudahan di Taman Negara Johor Gunung Ledang diharapkan dapat meningkatkan imej serta memberi keselesaan kepada pengunjung pada masa akan datang.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar, berkata beliau telah melakukan lawatan tapak projek bagi meninjau perkembangan kerja-kerja menaik taraf kemudahan di Taman Negara Johor Gunung Ledang ‘Waterfall’ semalam.

 

“Pagi tadi (semalam), saya telah mengadakan lawatan tapak ke Taman Negara Johor Gunung Ledang Waterfall untuk melihat sendiri secara dekat perkembangan kerja-kerja menaik taraf kemudahan asas di tempat tersebut.

 

“Dimaklumkan, perancangan pembangunan Taman Negara Johor Gunung Redang berkenaan bagi tahun ini ialah menaiktaraf kemudahan sedia ada seperti pembinaan tandas baharu, pembinaan pintu gerbang, pembinaan kafe untuk pengunjung dan pemasangan sistem pintu pagar automatik,” katanya dalam laman Facebook rasminya.

 

Raven Kumar berkata, sementara itu, bagi Taman Negara Johor Gunung Redang (Lagenda) pula ialah pembinaan pintu gerbang, menaiktaraf kaunter pendaftaran, pejabat serta memasang sistem pagar ‘Autogate’.

 

“Perancangan pembangunan yang akan dilaksakana pada tahun ini diharapkan dapat meningkatkan imej Taman Negara Johor serta memberi keselesaan kepada pengunjung yang akan datang ke sini, kelak.

 

“Nantikan perkembangan mengenai pembukaan semula Taman Negara Gunung Ledang khasnya di kawasan air terjun dari semasa ke semasa.” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor