AKADEMI JCS DAN UKM METERAI MOU PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

  #IskandarPuteri – Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) melakar sejarah baharu selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Kajian Etnik (KITA). Pemeteraian MoU ini secara rasmi mengangkat KITA-UKM sebagai salah satu rakan strategik akademik APTNJ dalam memperkukuh hubungan antara dunia akademia dan perkhidmatan tadbir negeri.   Kerjasama dua pihak […]

JOJ DUN SEROM BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN TERHADAP RAKYAT

  #Tangkak – Bukan hanya menjadi platform penghubung ukhwah antara kerajaan dan masyarakat tetapi Karnival Jelajah Orang Johor (JOJ) bagi kawasan Dewan Negeri (DUN) Serom turut menjadi bukti dedikasi Kerajaan Negeri Johor dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya dari aspek pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan komuniti setempat.   Keprihatinan itu terserlah apabila Karnival JOJ DUN Serom 2025 […]

PM PUJI PERTUMBUHAN POSITIF EKONOMI JOHOR, PULANG HASIL KEPADA RAKYAT

  #IskandarPuteri – Pertumbuhan positif dan pesat ekonomi Johor mendapat pujian YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri sambil menyifatkan perkembangan tersebut permulaan baik bagi memastikan hasil diraih negeri dapat dinikmati oleh rakyat.   Kerajaan Negeri dilihat bukan sahaja komited menggerakkan kemajuan ekonomi malah turut bersungguh untuk menyeimbangkan pembangunan dengan nilai kemanusiaan melalui inisiatif seperti […]

INISIATIF TAMBAHAN BERI MANFAAT KEPADA GOLONGAN PENDAPATAN KECIL DAN SEDERHANA

  #IskandarPuteri – Empat inisiatif di bawah portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor diyakini memberi manfaat secara langsung kepada golongan berpendapatan kecil dan sederhana dalam kalangan petani, penternak dan nelayan serta komuniti luar bandar.   Kesemua inisiatif melibatkan peruntukan RM20.56 juta disambut baik dan amat dihargai oleh YB Dato’ Zahari […]

PENDUDUK SEGAMAT TERKESAN GEMPA BUMI LEMAH TERIMA BWI

  #Segamat – Kerajaan Negeri bertindak proaktif menyalurkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 62 Ketua Isi Rumah (KIR) di Segamat yang kediamannya didapati mengalami kerosakan kecil susulan gegaran akibat gempa bumi lemah di daerah tersebut dengan kejadian pertama berlaku pada 24 Ogos lalu.   Sumbangan BWI dengan sokongan Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara […]

DEWAN NEGERI JOHOR ISYTIHAR KENG HENG DIPILIH AHLI DEWAN NEGARA

  #IskandarPuteri – Dewan Negeri Johor bersetuju memilih Dato’ Ng Keng Heng sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun atas kepimpinan luas dalam politik, masyarakat dan perniagaan serta sumbangan terhadap pembangunan komuniti dan kemajuan negeri ini.   Pencalonan Keng Heng dikemukakan oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi mengikut Jadual Ketujuh, Perkara 45 Perlembagaan […]

KERAJAAN NEGERI SENTIASA SEDIA BANTU PENDUDUK SEGAMAT

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (JKMNJ) sedia memberikan bantuan sewajarnya termasuk menyediakan khidmat sokongan kaunseling kepada penduduk di daerah Segamat yang berdepan dengan beberapa siri insiden gempa bumi lemah yang berlaku di sekitar daerah berkenaan, baru-baru ini.   YB Khairin-Nisa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri […]

ORANG SEGAMAT ‘LEGA’

  #IskandarPuteri – Penduduk di sekitar daerah Segamat kini boleh menarik nafas lega apabila Kerajaan Negeri Johor menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah telah melaksanakan tiga pelan intervensi berfasa bagi menghadapi insiden gempa bumi lemah yang berlaku di daerah berkenaan, baru-baru ini.   Tiga pelan intervensi berfasa yang merangkumi pelan jangka pendek, sederhana dan […]

INISIATIF TAMBAHAN: BUKAN SEKADAR ‘OMONG’ KOSONG

#IskandarPuteri – “Saya rasa ini adalah antara pengumuman inisiatif yang paling menyeluruh dalam sejarah Negeri Johor, sampaikan perkara yang jarang kita dengar hari ini seperti bantuan untuk pekerja am pembersihan awam dan sisa pepejal SWM turut diumumkan, sekali gus membolehkan mereka juga merasai manfaatnya kali ini,” kata YB Syed Hussein Syed Abdullah, Ahli Dewan Negeri […]

JOHOR SALUR BANTUAN KEPADA 62 KIR TERJEJAS GEMPA BUMI LEMAH

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri bersetuju menyalurkan bantuan kepada 62 Ketua Isi Rumah (KIR) yang kediamannya terjejas susulan gegaran akibat gempa bumi lemah di Segamat dengan kejadian pertama pada 24 Ogos lalu.   Bantuan dengan sokongan Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada kadar maksimum RM3,000 bagi setiap keluarga itu disalurkan kepada KIR […]