TOK BATIN SYUKUR, SAMBUT BAIK INISIATIF PERKASA ORANG ASLI

  #Kluang – Komitmen Kerajaan Negeri dalam memberikan sokongan berterusan terhadap kesejahteraan masyarakat Orang Asli dengan penyediaan pelbagai inisiatif meliputi aspek pendidikan, infrastruktur dan sosioekonomi disambut baik oleh komuniti berkenaan.   Pengumuman sembilan inisiatif baharu yang bernilai RM3.8 juta bagi Mohd Noorsham Abdullah, Tok Batin Kampung Orang Asli Tanah Runtuh, mencerminkan masyarakat Orang Asli tidak […]

PENEROKA FELDA ZAHIR RASA SYUKUR, SAMBUT BAIK INISIATIF KERAJAAN NEGERI

  #Kluang – Komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam membela untung nasib warga FELDA ternyata mendapat sambutan positif daripada masyarakat peneroka tanah rancangan berkenaan.   Majoriti warga peneroka FELDA menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk inisiatif berjumlah hampir RM4.6 juta bagi tujuan pemberian geran, penyelesaian projek terbengkalai serta perhatian terhadap kebajikan keluarga peneroka […]

INTERVENSI KERAJAAN NEGERI PERCEPAT PROJEK NAIK TARAF JALAN

  #Kluang – Projek menaik taraf Jalan Kampung Melayu Bukit Nyamuk, Kluang ke sempadan Pontian bernilai RM51.9 juta bakal memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk setempat apabila siap sepenuhnya pada November 2027.   Jajaran projek sepanjang 5.8 kilometer itu melibatkan kerja naik taraf jalan sedia ada kepada piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR) R2 bermula dari […]

JOHOR OPTIMIS RAIH TERIMAAN HASIL RM2.5 BILION HUJUNG TAHUN INI

  #Kluang – Kerajaan Johor yakin mampu mencapai kutipan terimaan hasil negeri berjumlah RM2.5 bilion menjelang akhir tahun ini, dengan setiap terimaan hasil berkenaan akan dipastikan dapat dikembalikan kepada rakyat supaya setiap Bangsa Johor akan merasai manfaatnya secara langsung.   Peningkatan terimaan hasil negeri daripada RM2.1 bilion yang diraih pada tahun lalu bukan hanya dilihat […]

ZIARAH KASIH UKIR SENYUMAN KELUARGA PESARA TENTERA DI KAMPUNG PAYA

  #Kluang – Program Jelajah Orang Johor (JOJ) dengan pengisian Ziarah Kasih mengukir senyuman keluarga Rahman Thomarjo, 61, di Kampung Paya, Layang-Layang apabila menerima kunjungan wakil rakyat dan pemimpin masyarakat setempat.   Pesara tentera kali terakhir berkhidmat di Kem Tebrau yang tinggal bersama enam ahli keluarga tersebut tidak menyangka kediamannya akan diziarahi menerusi program yang […]

JOHOR BINA LALUAN LINTASAN HIDUPAN LIAR PERTAMA

  #IskandarPuteri – Projek laluan lintasan hidupan liar pertama di negeri ini, bakal dibina secara rasmi di jalan utama FT50 menghubungkan Kahang, Kluang dan Mersing, bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta hidupan liar.   Menerusi projek berkenaan, jalan dikelilingi kawasan hutan dan merupakan laluan sempadan antara Hutan Simpan Labis ke Mersing serta Hutan Simpan […]

JOHOR RANGKA SOP GEMPA BUMI PASTIKAN KESELAMATAN WARGA PENDIDIKAN TERJAMIN

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dengan merangka Prosedur Operasi Standard (SOP) Gempa Bumi merangkumi tindakan pra, semasa dan pasca bencana bagi memastikan tahap keselamatan keseluruhan warga pendidikan sentiasa terjamin.   Beberapa inisiatif tambahan turut akan digerakkan termasuk penghasilan video simulasi keselamatan bagi memberi pendedahan awal kepada murid, guru, mahasiswa dan masyarakat setempat […]

EKSPO PERDAGANGAN DEEPAVALI BUKA PELUANG MASYARAKAT INDIA BUAT PERSIAPAN AWAL

  #JohorBahru – Kemeriahan sambutan Deepavali sudah dirasai walaupun perayaan akan disambut pada bulan depan apabila masyarakat India kini boleh membuat persiapan lebih awal dengan mengunjungi Festival & Ekspo Perdagangan Deepavali Asia Tenggara yang berlangsung di Sutera Mall.   Penganjuran festival dan ekspo yang memasuki edisi ketujuh berturut-turut di negeri ini, membolehkan masyarakat India mendapatkan […]

DUA STESEN SEISMIK DICADANG DIBINA DI SEGAMAT

  #Segamat – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mencadangkan pembinaan dua stesen seismik di Segamat untuk memperkukuh sistem pemantauan aktiviti gempa bumi susulan kejadian yang berlaku di daerah berkenaan pada bulan lalu.   Kewujudan stesen seismik itu dijangka dapat meningkatkan ketepatan pengesanan aktiviti seismik di Johor terutama Segamat dengan mengukur pergerakan tanah termasuk gelombang seismik […]

RUMAH PESONA JOHOR SEDIA BERI PERLINDUNGAN KEPADA WANITA

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) kini bersedia menawarkan perlindungan sementara kepada golongan wanita di negeri ini yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan menubuhkan Rumah Pesona Johor (RPJ).   Inisiatif ini selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Johor yang mensasarkan agar lebih dua juta wanita di seluruh Negeri […]