ISKANDAR MALAYSIA CATAT RM409.5 BILLION PELABURAN TERKUMPUL

  Iskandar Malaysia berjaya merekodkan pelaburan terkumpul bernilai RM409.5 bilion sepanjang tempoh 17 tahun penubuhannya iaitu sejak 2006 hingga September 2023.   Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim memaklumkan pencapaian berkenaan melepasi sasaran RM383 bilion ditetapkan di dalam Pelan Pembangunan Komprehensif (CDP) 2006-2025.   Prestasi cemerlang itu berikutan […]

JOHOR IKTIRAF CHINA SEBAGAI RAKAN DAGANG KEDUA TERBESAR

  China terus berperanan sebagai penyumbang besar pelaburan negeri ini, dengan merekodkan RM51.43 bilion pada suku ketiga tahun 2023 sekali gus menjadikan negara tersebut rakan dagang kedua terbesar selepas Singapura.   Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han memaklumkan sejak pelancaran Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Johor menerima pelaburan […]

MOHON TIGA CADANGAN DIPERTIMBANGKAN UNTUK JAYAKAN SEZ

  Kerajaan Negeri memohon Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Singapura mempertimbangkan tiga cadangan bagi menjayakan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura.   Pertama, inisiatif seperti visa kemasukan berganda, pas khas serta kakitangan imigresen dan kastam yang mencukupi. Selain itu, Negeri Johor berharap Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan kaedah digital iaitu sistem QR Code seperti dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura bermula […]

JOHOR INSIGHT BANTU BAKAL PELABUR KENAL PASTI PROSPEK

  Inisiatif Johor Insight yang diperkenalkan di dalam Belanjawan Johor 2024 berperanan sebagai sumber rujukan awal kepada bakal pelabur, pihak berkepentingan dan Kerajaan Negeri dengan penyediaan data industri serta bakat.   Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han ketika penggulungan pada Mesyuarat Keempat (Belanjawan Johor 2024) memaklumkan, inisiatif itu […]

JOHOR REKOD PELABURAN RM14.23 BILION

  Negeri Johor berjaya merekodkan pelaburan komited berjumlah RM14.23 bilion bagi tempoh separuh pertama tahun ini, menerusi 422 projek yang diluluskan.   Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Tiram, Azizul Bachok memaklumkan, sebanyak 6,898 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan menerusi projek-projek tersebut. […]

IIB SOKONG PENUH BELANJAWAN JOHOR 2024

  Iskandar Investment Berhad (IIB) menyokong penuh Belanjawan Johor 2024 dan komited dalam penyediaan kemudahan serta rangkaian tenaga kerja memenuhi keperluan khusus industri yang menjadi sebahagian daripada Medini.   Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Dato’ Idzham Mohd Hashim memaklumkan penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura yang disentuh dalam belanjawan negeri tahun hadapan, memperkukuh kedudukan […]

SUNWAY BINA ‘EQUALBASE SUNWAY 103°’ ISKANDAR PUTERI

  Kumpulan Sunway melakar satu lagi lembaran baharu apabila bakal mewujudkan fasiliti logistik ‘Equalbase Sunway 103°’ bernilai RM8 bilion di kawasan zon komersial bebas di Sunway City Iskandar Puteri.   Berupaya merancakkan sektor perkhidmatan, fasiliti dibina di atas tapak seluas 55 hektar itu bercirikan kelengkapan selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) seperti panel solar di […]

SASAR TINGKAT PENGELUARAN TANAMAN MAKANAN UTAMA TAHUN 2027

  Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan buah-buahan fokus seperti betik, durian, nanas, pisang, tembikai, nangka dan kelapa sebanyak 33.61 peratus bersamaan 230,436 tan metrik pada tahun 2027.   Selain itu, Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan pengeluaran sayur-sayuran fokus antaranya cili, halia, bendi, kacang panjang, sawi dan timun sebanyak 39.9 peratus bersamaan 44,977 tan metrik untuk tempoh sama. […]

PIPC TERUS JADI PILIHAN PELABUR

  Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) menerima pelaburan hampir RM140 bilion sekali gus mencapai 90 peratus sasarannya, setakat fasa pertengahan pelaksanaan Pelan Induk PIPC (2012-2037).   Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han memaklumkan pembangunan PIPC di Pengerang juga mampu mencipta sehingga 10,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030.   […]

TAMAN PERINDUSTRIAN TROPICANA PEMANGKIN EKONOMI PONTIAN

  Taman Perindustrian Tropicana atau T Industrial Park seluas 1,188 ekar dibangunkan Tropicana Corporation dijangka mampu merangsang pertumbuhan ekonomi di daerah Pontian.   Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han ketika menjawab soalan Dato’ Jefridin Atan (Ahli Dewan Negeri Kukup) memaklumkan kawasan perindustrian terancang yang dibangunkan mengikuti lapan fasa […]