JOHOR SAMBUT KELUARGA ASEAN

  #JohorBahru – Lebih 1,000 delegasi ASEAN yang disertai perwakilan daripada pelbagai agensi pelancongan serantau, pertubuhan pelancongan antarabangsa, persatuan serta perniagaan menyertai Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 yang membuka tirainya hari ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.   Forum yang akan berlangsung selama enam hari ini turut menghimpunkan pihak berkepentingan dalam bidang pelancongan […]

KERAJAAN JOHOR PERKUKUH AGENDA TENAGA HIJAU

  #JohorBahru – Kerajaan Johor akan terus memperkukuhkan agenda Johor Green Deal dalam mencapai pembangunan mampan menerusi kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta dan komuniti, sejajar dengan wawasan Malaysia untuk mencapai sifar karbon menjelang tahun 2050.   Polisi ini turut meletakkan Johor sebagai peneraju tenaga hijau di rantau ini dengan memberi fokus utama dalam mengurangkan […]

PENGURUSAN BANJIR DI KOTA TINGGI TERKAWAL

  #KotaTinggi – Penyusunan pelan kecemasan secara teliti bagi menghadapi bencana sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk dengan keutamaan terhadap kebajikan dan keselesaan penduduk yang terjejas meletakkan pengurusan banjir di daerah Kota Tinggi berada dalam keadaan terkawal.   Penyelarasan semua jabatan dan agensi terlibat dengan lebih awal untuk memastikan bantuan sampai tepat pada masanya turut melancarkan […]

KEBAJIKAN CALON SPM TERJEJAS BANJIR TERJAGA

  #KotaTinggi – Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) sentiasa memberikan keutamaan terhadap kebajikan 38 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang terjejas akibat banjir di negeri ini.   Inisiatif diambil adalah penyediaan tempat ulang kaji pelajaran yang kondusif terutama melibatkan sekolah dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seperti penggunaan pusat sumber sekolah untuk […]

JDT ‘CLEAN SHEET’ LAWAN SABAH

  #IskandarPuteri – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super Malaysia musim ini selepas mencatat kemenangan bergaya 4-0 ke atas Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim.   JDT terus mencatatkan rekod 17 perlawanan tanpa kalah sepanjang musim dengan 49 mata, meninggalkan pesaing di tangga kedua jauh di belakang.   Gol […]

HARAP PROJEK RTB DIPERCEPATKAN

  #KotaTinggi – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang kini sedang giat dilaksanakan oleh Kerajaan Johor dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan menjadi harapan besar kepada penduduk di daerah Kota Tinggi untuk disiapkan secepat mungkin bagi mengurangkan risiko banjir besar yang sering melanda daerah berkenaan setiap tahun.   Penduduk daerah Kota Tinggi, Fatimah Khamid, 57, menzahirkan harapan […]

SINERGI PASTIKAN AGIHAN BANTUAN BANJIR LANCAR

  #KotaTinggi – Persiapan awal dan rapi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Johor dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dilihat berjaya memastikan segala bentuk sokongan serta bantuan dapat diagihkan secara teratur dan berkesan.   Sinergi itu dapat dilihat menerusi tindakan dan keprihatinan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan yang komited membantu penduduk yang terjejas banjir ketika ini […]

TIKTOK BUKA PINTU REZEKI PENIAGA IKAN BILIS

  #BatuPahat – Aplikasi TikTok bukan sahaja dikenali sebagai satu medium hiburan, tetapi menjadi platform penting dalam membantu peniaga menimba ilmu dan menjana pendapatan melalui pelbagai kaedah yang disediakan dalam aplikasi tersebut.   Norhaliza Sani, 39, peniaga ikan bilis dari Batu Pahat, Johor berasa teruja selepas menimba ilmu baru dalam Bengkel Jana Pendapatan ‘Affiliate TikTok’ […]

KERJASAMA STRATEGIK JOHOR-QATAR PACU KEMAJUAN EKONOMI

  #IskandarPuteri – Reputasi Johor di pentas global terus mendapat perhatian daripada pemimpin dunia apabila Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah dijemput untuk mengadakan pertemuan bersama TYT Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani, Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar sempena lawatan rasmi Kerajaan Johor ke negara berkenaan.   Pertemuan bagi […]

JOHOR TEROKA KERJASAMA STRATEGIK DI QATAR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri meneroka peluang kerjasama strategik dengan Qatar dalam pembangunan produk pelancongan yang mampu memberikan impak besar kepada ekonomi kedua-dua pihak termasuk pelaburan dalam infrastruktur pelancongan, hotel bertaraf antarabangsa dan pertukaran kepakaran.   Perkara itu dizahirkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor selepas mengetuai delegasi Kerajaan Negeri mengadakan pertemuan […]