RUMAH PESONA JOHOR SEDIA BERI PERLINDUNGAN KEPADA WANITA

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) kini bersedia menawarkan perlindungan sementara kepada golongan wanita di negeri ini yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan menubuhkan Rumah Pesona Johor (RPJ).   Inisiatif ini selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Johor yang mensasarkan agar lebih dua juta wanita di seluruh Negeri […]

ADCS 2025 LETAK JOHOR SEBAGAI GERBANG KANDUNGAN DIGITAL MALAYSIA-ASEAN

  #JohorBahru – Sidang Kemuncak Kandungan Digital ASEAN (ADCS) 2025 meletakkan Johor sebagai gerbang kandungan digital antara Malaysia dan ASEAN yang membuka pintu pelaburan dalam sektor digital disokong oleh infrastruktur moden serta inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Sidang kemuncak selama tiga hari itu merupakan platform penting bagi Johor selaku tuan rumah untuk memacu […]

TEKNOLOGI BERETIKA SELARI PRINSIP MORAL MELALUI BIMBINGAN INSTITUSI AGAMA ISLAM

  #IskandarPuteri – Penggunaan teknologi tanpa panduan secara jelas berisiko menjauhkan masyarakat dengan nilai kemanusiaan, namun dapat dibangunkan secara beretika selari prinsip moral dan kesejahteraan sejagat melalui bimbingan institusi agama Islam.   Panduan berasaskan Maqasid Syariah juga disifatkan sangat penting bagi memastikan pembangunan teknologi mengekalkan matlamat murni demi kesejahteraan ummah dan bukannya hanya sekadar berorientasikan […]

JMR RAIH PODIUM DI OKAYAMA

  #IskandarPuteri – Johor Motorsports Racing (JMR) melakar kejayaan manis pada pusingan ke-10 siri GT World Challenge Asia selepas meraih podium di Litar Antarabangsa Okayama, Jepun.   Kejayaan berkenaan disumbangkan oleh YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor yang bergandingan dengan Alexander Sims, pemandu profesional dari Britain.   Pada sesi kelayakan, […]

KERAJAAN NEGERI GERAKKAN PASUKAN KHAS SIASAT REKAHAN TANAH DI SEGAMAT

  #IskandarPuteri– Kerajaan Negeri bertindak pantas susulan beberapa siri kejadian gegaran gempa bumi lemah yang berlaku di Segamat dengan menggerakkan pasukan khas siasatan ke Kampung Batu 2, Jalan Buloh Kasap bagi menilai tahap rekahan tanah sebagaimana yang dilaporkan oleh penduduk kampung berkenaan, sebelum ini.   Pasukan khas siasatan berkenaan menggabungkan kepakaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia […]

JOHOR HAT-TRICK JUARA KRIKET T20 WANITA BAWAH-19 TAHUN KEBANGSAAN 2025

  #IskandarPuteri – Pasukan Wanita Johor dinobatkan sebagai juara Kejohanan Kriket Antara Negeri Persatuan Kriket Malaysia (MCA) T20 Wanita Bawah-19 Tahun 2025 apabila menewaskan Perak dengan kemenangan bergaya lapan wiket pada perlawanan akhir di Bayuemas Oval, Klang, semalam.   Selaku penyandang juara, Johor konsisten menunjukkan penguasaan di sepanjang kejohanan dan meneruskan momentum positif hingga ke […]

JOHOR SELESAI SERAH 99% GERAN HAK MILIK TANAH PENEROKA FELDA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri membuktikan komitmen dalam menjaga kebajikan warga FELDA apabila berjaya menyelesaikan 99 peratus penyerahan geran hak milik tanah peneroka di semua tanah rancangan berkenaan di seluruh negeri sehingga Ogos tahun ini.   Daripada sejumlah 27,642 peneroka FELDA di Johor iaitu kedua tertinggi di Malaysia, sebanyak 27,429 peneroka telah menerima geran hak […]

KERAJAAN JOHOR SALUR RM11 JUTA BAGI MEMPERKASAKAN PERANAN WANITA DAN INSTITUSI KELUARGA

  #Muar – Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) menyediakan peruntukan sebanyak RM11 juta bagi melaksanakan pelbagai agenda yang dilihat mampu memperkasakan golongan wanita dan institusi kekeluargaan di negeri ini.   Ia membabitkan tiga bentuk sumbangan utama iaitu bantuan secara ‘one-off’ sebanyak RM300 kepada kira-kira 20,000 ibu tunggal di seluruh negeri […]

‘INFLUENCERS WORLD CUP 2025’ SELARI ASPIRASI JOHOR SPORT NATION

  #IskandarPuteri – Penganjuran ‘Influencers World Cup 2025’ yang menghimpunkan pempengaruh, pencipta kandungan digital dan personaliti media sosial terkenal dari seluruh dunia, menyerlahkan keupayaan negeri ini sebagai destinasi sukan bertaraf antarabangsa seiring dengan aspirasi Johor Sport Nation 2030.   Kejohanan bola sepak bertaraf antarabangsa berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu bukan sahaja menyaksikan ‘influencer’ […]

ETS3 BUKA PINTU RANCAKKAN SOSIOEKONOMI DAERAH KLUANG

  #Kluang – Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) dari Kuala Lumpur ke Kluang yang telah bermula pada 30 Ogos itu mampu memberi impak perubahan besar kepada pembangunan daerah ini, terutama dari segi potensi untuk mencipta lebih banyak peluang ekonomi dan sosial kepada penduduk setempat.   Majlis peluncuran perkhidmatan ETS3 ke Kluang yang diserikan dengan keberangkatan […]