‘NATIONAL TRAINING WEEK’ TAWAR LATIHAN PERCUMA

  #JohorBahru – Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) menyasarkan seramai 124,919 peserta di negeri ini menyertai Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) secara percuma melalui portal NTW antaranya bidang kemahiran, digital, keusahawanan, vokasional, kepimpinan dan pengurusan.   Inisiatif NTW yang ditawarkan secara percuma ini juga akan dilaksanakan melalui pelbagai platform pembelajaran dan lokasi bagi membolehkan setiap […]

JOHOR BAKAL NEGERI PERTAMA MILIKI KERANGKA PEMBANGUNAN EKONOMI HALAL INKLUSIF

  #IskandarPuteri – Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor (PKHNJ) 2030 yang bakal meletakkan Johor sebagai negeri pertama mempunyai kerangka pembangunan ekonomi halal inklusif dijangka dilancarkan pada tahun ini.   Pelan yang sedang diperhalusi itu juga akan memperkukuh kedudukan Johor sebagai hab ekonomi halal seterusnya menjadi contoh pembangunan ekonomi Islamik progresif di Malaysia, jelas YAB Dato’ […]

KONTINJEN JOHOR BAHRU UNGGULI FSAJ 2025

  #Muar – Pencapaian lima pingat emas, empat pingat perak dan tiga pingat gangsa menjadikan Kontinjen Daerah Johor Bahru muncul Juara keseluruhan Festival Sukan Agensi dan Jabatan (FSAJ) Negeri Johor Tahun 2025.   Kejuaraan tersebut menyaksikan kontinjen ‘This is JB style’ yang diketuai oleh YBhg. Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru merampas piala pusingan […]

FESTIVAL SUKAN AGENSI DAN JABATAN ‘GEGO’ MUAR

  #Muar – Lebih 500 penjawat awam negeri mewakili kontinjen daerah berentap merebut kejuaraan dalam enam sukan yang dipertandingkan pada Festival Sukan Agensi dan Jabatan Negeri Johor Tahun 2025.   Penganjuran festival sukan buat kali kedua ini menyaksikan daerah Muar sebagai tuan rumah memberikan kelainan dengan menambah dua acara baharu iaitu sukan futsal dan bola […]

JOHOR TERAJUI PENDIDIKAN MASA HADAPAN MENERUSI SEKOLAH RINTIS BANGSA JOHOR

  #JohorBahru – Komitmen Kerajaan Negeri menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada rakyat menerusi inisiatif Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) diilhamkan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor meletakkan Johor sebagai peneraju pendidikan berasaskan teknologi di negara ini.   Langkah penting ke arah menambah baik sistem pendidikan Johor bersifat inklusif, moden dan bertaraf […]

JOHOR KUKUH SEBAGAI DESTINASI PELABURAN UTAMA NEGARA

  #IskandarPuteri – Johor terus mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelaburan ideal dan strategik negara menerusi sinergi antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Johor serta Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J).   Selain menghubungkan pelabur dengan pihak kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan, MIDA Johor memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran proses pelaburan dengan memberi […]

JOHOR PILIHAN PELABUR GLOBAL

  #JohorBahru – Johor terus menjadi destinasi pelaburan pilihan syarikat terkemuka antarabangsa apabila Oryx Stainless Malaysia Sdn. Bhd, sebuah syarikat dari Jerman-Belanda memilih negeri ini sebagai lokasi operasi terbaharu mereka di Asia Tenggara.   Dengan nilai pelaburan sebanyak RM40 juta, kehadiran Oryx Stainless yang beroperasi di Tanjung Langsat, Pasir Gudang akan memfokuskan kepada sektor pemprosesan […]

PEJABAT BAHARU JTDC JADI PUSAT STRATEGIK PEMBANGUNAN BAKAT JOHOR

  #IskandarPuteri – Pembinaan pejabat baharu Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang kini mencapai 35 peratus kemajuan bakal menjadi simbol komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan modal insan serta merapatkan jurang antara institusi pendidikan dan memenuhi keperluan serta kehendak pihak industri.   Dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada awal Julai tahun ini, pejabat JTDC yang terletak […]

MAINJ BANTU LIMA ASNAF DI TANGKAK

  #Tangkak – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terus komited mengangkat martabat golongan asnaf di negeri ini, dengan menjayakan perusahaan gunting rambut di bawah Projek Pembangunan Asnaf 2.0 Daerah Tangkak.   Dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) selaku agensi pelaksana dan pemantau, projek kedai gunting rambut berkenaan membabitkan lima asnaf dan seorang […]

MET MALAYSIA JANGKA MONSUN BARAT DAYA BERMULA 10 MEI

  #IskandarPuteri – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan musim Monsun Barat Daya akan bermula pada 10 Mei ini hingga September depan berikutan keadaan angin mula bertiup secara konsisten dari arah Barat Daya ke rantau negara ini.   Sepanjang musim berkenaan, kadar kelembapan udara kelazimannya adalah rendah menyebabkan kekurangan pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat […]