JOHOR BERSIH TERBUKTI BERI IMPAK POSITIF

  #JohorBahru – Johor Bersih dilancarkan sejak Julai 2022 berjaya membuahkan hasil positif terutama meningkatkan kesedaran dan usaha pemuliharaan sungai di negeri ini sekali gus mencerminkan agenda berkenaan bukan sekadar slogan atau tindakan bersifat ‘one-off’ semata-mata.   Menerusi agenda penting tersebut, sebanyak 14 sungai yang tercemar di Johor telah dikurangkan kepada sembilan sungai setakat ini […]

KERAJAAN NEGERI IKTIRAF BAKAT KULINARI TEMPATAN

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri menerusi Tourism Johor menganjurkan Majestic Johor Food Award 2025 bagi menghargai bakat tempatan dalam bidang kulinari di negeri ini terutama dalam memperkenalkan sajian Johor ke persada global.   Dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Juara Juru Masak Malaysia bersempena Majlis Pelancaran World Chef’s Championship 2025, penganugerahan kepada cef dan restoran itu juga […]

IMFC-J PACU ERA BAHARU EKONOMI JOHOR

  #IskandarPuteri – Johor melangkah ke era baharu pembangunan ekonomi menerusi pewujudan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) di Forest City sebagai instrumen penting bagi proses pelaburan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Invest Johor dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang menerajui secara bersama IMFC-J komited […]

KERAJAAN NEGERI, LPNM KERJASAMA BANGUNKAN INDUSTRI NANAS

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri sedia bekerjasama rapat dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bagi membangunkan industri nanas agar lebih produktif, berdaya saing dan mampu menjana pendapatan lebih tinggi kepada petani.   Kerjasama yang turut melibatkan pengusaha nanas di negeri ini sebagai menyahut saranan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor itu tidak hanya […]

ZAKIUDDIN, UMMI RADHWA JOHAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR

  #JohorBahru – Qari daerah Muar, Mohammad Zakiuddin Hanafi dinobatkan sebagai Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Johor Tahun 1446H/2025M manakala Ummi Radhwa Mohd Zulkifli dari Pontian pula diumum sebagai Johan bagi kategori Qariah.   Kejayaan itu membolehkan Zakiuddin dan Ummi Radhwa membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta trofi serta akan mewakili Negeri Johor ke […]

PERPUSTAKAAN KINI LEBIH SANTAI, DINAMIK

  #JohorBahru – Suasana persekitaran perpustakaan bakal menjadi lebih kondusif, santai dan dinamik selepas ini sekali gus akan mewujudkan budaya membaca yang lebih menarik untuk Bangsa Johor.   Itu antara transformasi yang akan dilaksanakan apabila Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha […]

AKADEMI PERKHIDMATAN TADBIR NEGERI JOHOR, AKADEMI AUDIT NEGARA METERAI NOTA KERJASAMA

  #IskandarPuteri – Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) memeterai Nota Kerjasama dengan Akademi Audit Negara (AAN) bagi memantapkan aspek pengurusan dan tatakelola dalam kalangan pegawai serta anggota perkhidmatan awam di negeri ini.   Jalinan kerjasama berkenaan membuka lembaran baharu urus tadbir di negeri ini seterusnya mencerminkan kesungguhan APTNJ dalam memperkasa perkhidmatan awam terutama berkaitan […]

UOB PERKENAL ‘GREEN LANE’, SOKONG JOHOR SUPER LANE

  #IskandarPuteri – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) terus menerima sokongan kukuh pemain industri terutama sektor perbankan apabila United Overseas Bank (UOB) Malaysia melancarkan inisiatif ‘Laluan Hijau’ bagi merancakkan kemasukan pelaburan dan menyokong pelaksanaan Johor Super Lane oleh Kerajaan Negeri.   Inisiatif dilancarkan enam bulan selepas UOB Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Invest Johor […]

FESTIVAL CHINGAY SIMBOL PERPADUAN BANGSA JOHOR

  #JohorBahru – Lebih 400,000 pengunjung dari dalam dan luar negara membanjiri bandar raya Johor bagi menyaksikan dan memeriahkan Festival Perarakan Chingay 2025.   Perarakan upacara agama dan budaya tradisi masyarakat Tionghoa sejak tahun 1870 yang merupakan acara tahunan itu menjadi simbol keharmonian kaum dan perpaduan Bangsa Johor.   Diisytiharkan sebagai Warisan Budaya Kebangsaan pada […]

JOHOR TIDAK KETANDUSAN QARI, QARIAH DAN HUFFAZ

  #JohorBahru – Johor diyakini akan terus melahirkan generasi mencintai al-Quran termasuk golongan muda seterusnya tidak ketandusan qari dan qariah serta huffaz berbakat kerana sistem pendidikan Islam berusia lebih 100 tahun di negeri ini.   Keyakinan tersebut dizahirkan Mohamad Yusuf Kasim, 34, selain didukung dengan peningkatan jumlah pelajar Akademi al-Quran Negeri Johor yang mencerminkan komitmen […]