RANHILL SAJ PASTIKAN BEKALAN AIR CUKUP AIDILFITRI INI

YBrs. Khairul Effendy Tusam, Ketua Pegawai Operasi Ranhill SAJ pada sidang media Majlis Berbuka Puasa Ranhill SAJ bersama Media Johor. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#IskandarPuteri – Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (Ranhill SAJ) bakal menggerakkan operasi khas sempena perayaan Aidilfitri 2025 bermula 24 Mac ini bagi mengurangkan risiko gangguan dan memastikan bekalan air mencukupi pada musim perayaan.
Pengendali air Johor itu sudah mengenal pasti kawasan hotspot berpotensi mengalami gangguan bekalan berikutan peningkatan mendadak pengguna dengan mengaktifkan pelan kecemasan termasuk penyediaan lori tangki air di lokasi tertentu.
Pasukan teknikal juga akan ditempatkan di lokasi strategik untuk menangani insiden kejadian paip pecah diikuti penambahbaikan sistem talian hotline bagi membolehkan syarikat menghubungi semula pelanggan yang terkesan dengan bekalan air.
Selain itu, Ranhill SAJ diiktiraf sebagai pengendali air terbaik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada tahun lalu apabila mencatatkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) negeri 24.1 peratus, lebih rendah berbanding 35 peratus purata kebangsaan.
Terdahulu, YBrs. Khairul Effendy Tusam, Ketua Pegawai Operasi Ranhill SAJ hadir Majlis Berbuka Puasa Ranhill SAJ bersama Media Johor di Horizon Hills Golf & Country Club, semalam.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor