CITRA HUBUNGAN JOHOR – SINGAPURA


  Persahabatan antara Johor dan Singapura sejak dahulu lagi telah menggambarkan hubungan unik serta istimewa sedia terjalin yang bersifat ‘compliment each other’. Dari segi sejarah, Johor bukanlah ‘backyard’ kepada Singapura bahkan jauh sekali bersaing dengan negara jiran.   Ini kerana Johor terutama Johor Bahru sebenarnya telah pesat membangun dan muncul sebagai sebuah bandar pusat perdagangan […]

‘KOSWEY’ BUKAN SEKADAR TAMBAK


  Suatu ketika dahulu Tambak Johor atau dikenali dengan ‘Causeway’ hanya sekadar dilihat sebagai sambungan darat pertama merentasi Selat Johor menghubungkan Malaysia dan Singapura.   Kini, Tambak Johor merupakan struktur penting yang menjadi nadi penghubung dan perdagangan antara dua negara malah merupakan pintu sempadan Malaysia di Johor antara yang tersibuk di dunia.   Struktur binaan […]

UNIKNYA JOHOR PADA …..


  Menjadi negeri terawal mempunyai perlembagaan bertulis pertama di Tanah Melayu dikenali Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor yang dimasyhurkan pada tahun 1895, maka tidak hairanlah Negeri Johor sejak dahulu hingga kini sentiasa menjadi peneraju dan berada pada kelas tersendiri dalam segenap aspek termasuk pendidikan.   Bahkan, sebelum itu lagi, kebijaksanaan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar yang […]

MUZIUM KOTA TINGGI BAKAL DILENGKAPI TEKNOLOGI DIGITAL


  Seiring dengan kemajuan teknologi, Yayasan Warisan Johor (YWJ) menerusi Muzium Kota Tinggi bakal memperkenalkan tarikan baharu dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi secara digital di premis miliknya tidak lama lagi.   Ia sekali gus akan mampu memberi impak yang lebih mendalam dan pengalaman baharu yang lebih mengujakan kepada pengunjung untuk mengetahui pelbagai bahan tinggalan sejarah khususnya […]

MUZIUM KOTA TINGGI, PUSAT SEJARAH AWAL NEGERI JOHOR


    Bagi memastikan peninggalan sejarah Negeri Johor terutama membabitkan zaman era pemerintahan Kerajaan Johor Lama terus kekal dihayati oleh pelbagai lapisan masyarakat terutama generasi muda hari ini, Muzium Kota Tinggi adalah antara destinasi yang wajib untuk dikunjungi.   Muzium Kota Tinggi yang telah dibuka secara rasmi pada 30 Ogos 2002 oleh DYMM Sultan Johor, […]

KOLEKSI ANTIK SEJARAH JOHOR


  Oleh Farhanah Haziqah Noh   Siapa sangka dengan hanya sekadar hobi dan semangat cintakan negerinya menyebabkan seorang anak kelahiran Pengerang, Kota Tinggi, Johor akhirnya berjaya membuka galeri sejarah yang memaparkan pelbagai artifak berkaitan sejarah Johor.   Pemilik Galeri Sejarah Johor, Fariz Johari, memberitahu galeri terbabit menyimpan pelbagai koleksi artifak seperti wang syiling lama, senjata […]

ISTIADAT LETAK KERJA


Sambutan Ulang tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor dimulakan dengan Istiadat Letak Kerja yang dilakukan tiga hari sebelumnya sebagai simbolik bermulanya sambutan berkenaan. Istiadat itu disempurnakan dengan upacara menaikkan Bendera Istiadat Kerajaan Johor di Tugu Peringatan Istana Besar, Johor Bahru. Upacara menaikkan bendera berkenaan dimulakan dengan perarakan membawa masuk bendera Istiadat Kerajaan oleh Askar Timbalan […]

SULTAN JOHOR SANGGUP MENYAMAR JADI RAKYAT BIASA


  Oleh Badrul Kamal Zakaria, Farhanah Haziqah Noh, Suhana Mohd Arifin dan Farhan Khair   Kelazatan air minuman campuran pelbagai herba terpilih ‘Beyh Royale’ sememangnya tidak dapat dinafikan, apatah lagi ia turut menjadi sajian ‘selamat datang’ kepada tetamu yang berkunjung ke Istana Johor sejak era pemerintahan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar lagi.   Resepi rahsia […]

MUAFAKAT 3 GENERASI


  Oleh: Badrul Kamal Zakaria, Ariff Nasseem Murad, Farhanah Haziqah Noh, Suhana Mohd Arifin dan Farhan Khair   Siapa sangka tindakan tiga sahabat berlainan bangsa iaitu Allahyarham Hanipah Yusof, Allahyarham Kassan Suroh dan Mendiang Wah San untuk bersama-sama mencari rezeki untuk mengusahakan kedai makan berhampiran Panggung Wayang sekitar 1930-an akhirnya menjadi satu legasi yang kini […]

ALMARHUM SULTAN SIR IBRAHIM PERNAH MENOLAK GELARAN YANG DI-PERTUAN AGONG


  Oleh: Farhan Khair   Pada Ogos 1957, Majlis Raja-Raja telah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu.   Majlis Raja-Raja juga telah bersidang untuk mengundi Pemegang Takhta yang pertama sebagai Yang Di-Pertuan Agong.   Menurut tempoh pemerintahan yang paling lama, DYMM Mejar Jeneral Sultan Ibrahim ibni […]