ISTIADAT LETAK KERJA


Rakaman gambar upacara istiadat Letak Kerja sempena sambutan Ulang tahun Keputeraan DYMM Sultan Johor pada 2016 / Gambar Ihsan Royal Press Office (RPO)

Sambutan Ulang tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor dimulakan dengan Istiadat Letak Kerja yang dilakukan tiga hari sebelumnya sebagai simbolik bermulanya sambutan berkenaan.
Istiadat itu disempurnakan dengan upacara menaikkan Bendera Istiadat Kerajaan Johor di Tugu Peringatan Istana Besar, Johor Bahru.
Upacara menaikkan bendera berkenaan dimulakan dengan perarakan membawa masuk bendera Istiadat Kerajaan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan diikuti bacaan doa oleh Mufti.
Dato’ Penghulu Istiadat akan membacakan pengisytiharan bendera Adat Istiadat akan dikibarkan sepanjang Sambutan Hari Keputeraan.
Istiadat itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor diiringi pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Tujuh das tembakan meriam kedengaran sejurus bendera dinaikkan.
(Dipetik daripada buku Adat Istiadat Kesultanan Johor Moden 1855-2012 yang ditulis oleh YB Dato’ Dr Hj Abdul Rahim Ramli, Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor)
#IstiadatJohor #MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor