DI SEBALIK SERAT NENAS MENJADI BENANG


Usahawan Benang Serat Nanas M&Z, Munah Abd Kadir berkongsi bahawa produk kraftangan terbabit adalah warisan daripada datuk dan neneknya, namun mula dikomersialkan secara serius sejak 2009. | Foto MDJ Nurina Aisyah.

 

Siapa sangka dengan menggunakan bahan buangan seperti daun nanas ia akhirnya mampu menjana rezeki hingga memberi pulangan yang lumayan. Itulah yang diperolehi oleh Usahawan Benang Serat Nanas M&Z, Munah Abd Kadir, yang mengusahakan perniagaan benang yang diperbuat daripada serat daun nanas hingga mampu menghasilkan tenunan fabrik bermutu tinggi dan menawan hati.

 

Produk kraftangan terbabit adalah warisan tinggalan daripada datuk dan neneknya, namun ia mula dikomersialkan secara serius sejak 2009 selepas mengikuti kursus anjuran Kraftangan Negeri Johor.

 

Katanya, bagi menghasilkan benang serat nanas ini memerlukan penghasilan serat daripada tiga jenis variety nanas iaitu MD2, Josapine dan S3. Penghasilan benang ini perlu menggunakan daun nanas yang sudah matang dan daripada pokok yang sudah berbuah.

 

Proses seterusnya, beliau akan menggeruk daun nanas yang dipilih tanpa menggunakan bahan pengawet hingga menghasil serat benang. Namun, jika ia digunakan untuk penghasilan tekstil, maka proses menggeruk akan dibuat secara manual supaya benang yang dihasilkan lebih halus dan berkualiti.

 

Munah memberitahu, bagi penjagaannya pula ia tidak susah kerana benang nanas ini perlu mengelakkan daripada terkena air hujan atau embun sahaja, malah ia boleh dijemur pada keadaan suhu bilik sahaja yang tidak memerlukan pengeringan daripada panas terik matahari.

 

Munah berkongsikan, beliau bercita-cita untuk menjadikan industri benang nanas ini sebagai salah satu identiti warisan Johor, selain turut mengimpikan kraftangan unik ini dapat diperluaskan dengan pembabitan golongan muda pada masa depan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor