KERAJAAN NEGERI PRIHATIN KEBAJIKAN PELAJAR JOHOR DI MESIR, JORDAN


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan sumbangan daripada Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi itu merupakan cerminan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap anak Johor di Timur Tengah. | Foto Mohd Fared Mohd Khalid.

 

Keseluruhan seramai 604 pelajar Johor di Mesir dan Jordan menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri melibatkan peruntukan sebanyak RM151,000 bagi memastikan mereka terus aktif dalam penglibatan pelbagai program ilmiah.

 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM88,500 diperuntukkan kepada 354 pelajar Johor di Mesir, manakala seramai 250 pelajar di Jordan menerima sumbangan berjumlah RM62,500.

 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan sumbangan daripada Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi itu merupakan cerminan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap anak Johor di Timur Tengah.

 

Di samping itu, Kerajaan Negeri juga menyumbang sejumlah RM50,000 kepada Persatuan Pelajar Johor Mesir bagi membantu mereka melaksanakan lebih banyak program bersama dengan Pejabat Atase Johor Mesir.

 

Terdahulu, Mohd Fared yang mengetuai delegasi Johor diiringi Mufti Negeri Johor, Dato’ Yahya Ahmad, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Dato’ Dr. Nooh Gadut serta Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Nasri Md Ali menamatkan lawatan kerjanya ke Mesir dan Jordan, pada Jumaat lalu.

 

Beliau turut menzahirkan harapan agar pelajar Johor di kedua-dua negara itu berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang seterusnya kembali menabur bakti di negeri ini, sebagai agamawan dan pemimpin masyarakat dengan kecaknaan yang tinggi.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor