EFEK TMJ UBAH PADANG STADIUM NASIONAL
Masihkah penyokong bola sepak tempatan ingat peristiwa terburuk sewaktu kelayakan Piala Asia pada bulan Jun 2022? Menular di setiap ruang internet, padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dipenuhi air sebelum sepak mula perlawanan. Lebih memburukkan, kelihatan beberapa staf stadium menggunakan penyodok sampah untuk mengeluarkan takungan air daripada padang.
Tidak sampai setahun selepas peristiwa memalukan tersebut, muncul pemilik Kelab Bolasepak JDT, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menaja segala kos penggantian rumput padang jenis ‘cowgrass’ kepada ‘zeon zoysia’. Ketika itu, janji Baginda ialah padang SNBJ akan berwajah baru selewat-lewatnya pada Oktober 2023. Proses penukaran padang menelan belanja sejumlah RM2juta itu ditaja sepenuhnya oleh Tunku Ismail sebagai tanda ambil berat Baginda kepada sukan bola sepak Malaysia.
“Be a game changer. The world is already full of players.” – TMJ
Setelah pelbagai kritikan dan keluhan terhadap padang SNBJ, tidak ada seorang pun kuasa besar dalam negara yang ingin menunjukkan perubahan dan mengambil tanggungjawab. Malah dibiarkan tercalar maruah bola sepak negara.
Umum sedia maklum, Tunku Ismail berjaya merevolusikan JDT sehingga terkenal seluruh dunia hari ini. Visi luar biasa Baginda telah menjadi contoh bukan sahaja di dalam sukan bola sepak, malah turut di ikuti dalam kepelbagaian sukan yang lain. Baginda juga tidak hanya fokus kepada kelab bola sepak JDT, malah Baginda juga tidak lokek ilmu untuk dikongsikan kepada skuad bola sepak negara. Ramai yang sangsi terhadap Tunku Ismail, akan tetapi kata-kata Baginda kekal menjadi realiti kemudian hari, bukan sekadar sembang kosong. Keikhlasan dan sentuhan midas TMJ tidak boleh dipertikaikan.
Tarikh 12 Oktober 2023 termaktub dalam sejarah bola sepak negara, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merasmikan padang baharu Stadium Nasional Bukit Jalil.
#theTMJeffect #MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor