MEDAN NIAGA KAMPUNG MELAYU MAJIDI KINI SERBA MODEN

Medan Niaga Kampung Melayu Majidi menempatkan 147 unit premis merangkumi bazar, pasar basah, medan selera dan kedai serbaneka, menjadikannya pusat perniagaan moden yang berpaksikan nilai budaya dan komuniti setempat. | Foto FB Onn Hafiz Ghazi

 

#IskandarPuteri – Medan Niaga Kampung Melayu Majidi berwajah baharu selepas kerja naik taraf nadi ekonomi masyarakat setempat yang menjadi kebanggaan warga Johor Bahru siap sepenuhnya pada tahun lalu.

 

Pembangunan semula pasar awam menjadi medan niaga oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan sokongan Kerajaan Persekutuan itu melibatkan peruntukan RM19.8 juta dan turut menerima tambahan RM7.79 juta.

 

Kerajaan Negeri komited memastikan medan niaga tersebut terus menjadi pusat tumpuan rakyat dan ruang rezeki kepada peniaga selain menyediakan makanan yang sedap, harga berpatutan serta suasana selesa untuk semua lapisan masyarakat.

 

Usaha berkenaan seiring dengan tekad Kerajaan Negeri meringankan beban kos sara hidup rakyat sekali gus memperkukuh ekonomi tempatan dan memastikan kesejahteraan seluruh Bangsa Johor sentiasa terpelihara.

 

Medan Niaga Kampung Melayu Majidi kini menempatkan 147 unit premis terdiri daripada bazar, pasar basah, medan selera dan kedai serbaneka seterusnya menjadikannya pusat perniagaan moden yang tetap mengekalkan nilai budaya serta komuniti setempat.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengadakan lawatan ke Medan Niaga Kampung Melayu Majidi dan menyantuni serta mendengar cadangan peniaga antaranya fasiliti mesra Orang Kurang Upaya (OKU), kebersihan kawasan, penyelenggaraan longkang dan sistem perangkap lalat, sistem pengudaraan serta pencahayaan waktu malam.

 

#JohorSafeZone
#MedanNiagaKampungMelayuMajidi
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor