PELUANG KERJAYA BERGAJI PREMIUM BUKTI PERTUMBUHAN EKONOMI JOHOR

Johor sebelum ini mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 8.0 peratus pada tahun 2025, sekali gus menjadi negeri dengan kadar pertumbuhan ekonomi tertinggi di Malaysia, didorong oleh perkembangan sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan. | Foto FB Onn Hafiz Ghazi
#IskandarPuteri — Pertumbuhan ekonomi Johor yang terus mencatat prestasi memberangsangkan bukan sahaja diterjemahkan melalui peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), malah ia juga membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada anak tempatan dalam pelbagai sektor ekonomi strategik.
Mohamad Azwan Ahmad, 35, yang kini bertugas sebagai Pakar Projek Fasiliti Brooks Automation, menyifatkan pengalaman bekerja di syarikat berteknologi tinggi itu banyak menyumbang kepada pembangunan kerjayanya menerusi pendedahan berterusan kepada pelbagai jenis projek dan pengalaman industri yang berharga.
Beliau turut berpandangan peluang tersebut bukan sahaja membolehkannya meningkatkan kemahiran profesional dan mengembangkan kerjaya pada masa hadapan, malah menikmati pendapatan yang lebih berbaloi dengan situasi kos sara hidup masa kini, sekali gus membina kehidupan yang lebih selesa.
Sementara itu, Md Zulkifli Md Nor, 34, Juruteknik Pemasangan Brooks Automation, pula melihat perkembangan industri berteknologi tinggi di Johor sebagai pemangkin kepada penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dan bergaji premium kepada anak tempatan, sekali gus membantu mereka meningkatkan kemahiran dan profesionalisme pada masa akan datang.
Jelasnya, pengalaman yang diperoleh sepanjang berkhidmat dalam industri tersebut memberi nilai tambah kepada pembangunan kerjaya selain menawarkan pendapatan yang berbaloi, sekali gus membolehkannya membina kehidupan yang lebih stabil di Johor.
Dalam pada itu, Muhammad Amirul Hakim Nookman, 25, graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), melihat perkembangan pesat pelaburan dan kemasukan syarikat berteknologi tinggi ke Johor sebagai pemangkin kepada peningkatan peluang pekerjaan yang berkualiti.
Beliau berpandangan perkembangan tersebut memberi keyakinan kepada golongan graduan Johor untuk terus membina kerjaya di negeri sendiri sambil menimba pengalaman dalam industri yang semakin berkembang pesat.
Johor sebelum ini mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 8.0 peratus pada tahun 2025, sekali gus menjadi negeri dengan kadar pertumbuhan ekonomi tertinggi di Malaysia, didorong oleh perkembangan sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan.
Prestasi itu membuktikan pertumbuhan ekonomi Johor bukan sekadar diterjemahkan melalui angka, sebaliknya turut memberi impak secara langsung kepada penyediaan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, pembangunan kerjaya serta peningkatan taraf hidup rakyat di negeri ini.
#JohorHomeOfChampions
#KDNK
#GajiPremium
#WTN
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


