JOHOR PERKUKUH KESIAPSIAGAAN HADAPI JEREBU DAN MONSUN TIMUR LAUT

YB Dato’ Mohammed Ridha bin Dato’ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor Bil. 3/2026 di Dewan Mesyuarat Blok C, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar pada Jumaat. | Foto Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi situasi jerebu yang membimbangkan serta Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 menerusi penyelarasan tindakan antara agensi bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat terus terpelihara.
Fokus akan diberikan kepada aspek pemantauan berterusan kualiti udara serta langkah menangani kesan jerebu terhadap kesihatan dan keselamatan rakyat, khususnya golongan berisiko dan warga sektor pendidikan.
Sementara itu, persediaan menghadapi musim tengkujuh turut diperkukuh meliputi kesiapsiagaan agensi penyelamat, pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS), keperluan logistik serta penyelarasan tindakan bagi menghadapi kemungkinan banjir.
Kerajaan Negeri turut menekankan kepentingan tindakan awal dan kerjasama erat semua agensi bagi memastikan setiap risiko dapat ditangani secara terancang serta mengurangkan kesannya terhadap penduduk yang terjejas.
Pendekatan bersepadu itu penting bagi memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan dalam menghadapi kedua-dua cabaran bencana berkenaan.
Terdahulu, YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor Bil. 3/2026 di Dewan Mesyuarat Blok C, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar pada Jumaat.
#JohorSafeZone
#Jerebu
#MonsunTimurLaut
#KesiapsiagaanBencana
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



