PUSAT SANTUARI GAJAH JOHOR DIJANGKA SIAP SUKU PERTAMA 2027

Projek bernilai lebih RM11 juta itu melibatkan pembinaan beberapa kemudahan baharu, termasuk dewan pelawat, bilik keselamatan, dek pemerhatian dan pelantar melihat gajah bagi meningkatkan kemudahan kepada pengunjung di santuari berkenaan. | Foto FB AH SOON
#IskandarPuteri – Projek menaik taraf fasa kedua Pusat Santuari Gajah Johor (JES) di Kota Tinggi dijangka siap pada suku pertama tahun 2027 dengan kemajuan semasa mencapai 82 peratus.
Projek bernilai lebih RM11 juta itu melibatkan pembinaan beberapa kemudahan baharu, termasuk dewan pelawat, bilik keselamatan, dek pemerhatian dan pelantar melihat gajah bagi meningkatkan kemudahan kepada pengunjung di santuari berkenaan.
Apabila dibuka kepada orang ramai kelak, pengunjung berpeluang melihat rutin harian gajah dengan lebih dekat, selain mendapatkan pendedahan mengenai kehidupan hidupan liar berkenaan.
Usaha menaik taraf pusat berkenaan turut memberi ruang kepada masyarakat untuk memahami kepentingan pemuliharaan gajah, khususnya ketika konflik antara manusia dengan gajah terus menjadi perhatian.
Usaha menaik taraf Pusat Santuari Gajah Johor menerusi pembinaan kemudahan baharu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkukuh usaha pemuliharaan hidupan liar serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan melindungi khazanah alam semula jadi di Johor.
Terdahulu, YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, mengadakan lawatan ke Pusat Santuari Gajah Johor di Kota Tinggi bagi meninjau perkembangan projek naik taraf fasa kedua yang kini mencapai 82 peratus kemajuan.
#JohorSafeZone
#PusatSantuariGajahJohor
#PemuliharaanGajah
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


