Artikel oleh Mohd Firdaus Yon

TIADA TUNGGAKAN BAYARAN ELAUN PEGAWAI MASJID, SURAU KARIAH

  ISKANDAR PUTERI — Pembayaran elaun kepada pegawai masjid dan surau kariah melibatkan imam, bilal dan noja di negeri ini, telah dilaksanakan sehingga bulan November lalu. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tiada tunggakan pembayaran berlaku kerana Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah menetapkan elaun tersebut dibayar […]

DEWAN NEGERI JOHOR LULUS BELANJAWAN JOHOR 2023

  ISKANDAR PUTERI — Dewan Negeri Johor, hari ini, sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2023 bertema ‘Maju Johor : Makmur Bersama Rakyat’. Belanjawan negeri tahun hadapan itu telah dibentangkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 1 Disember lalu, sebelum dibahaskan selama lima hari oleh wakil rakyat DUN Johor. Dengan ditunjangi enam teras di mana […]

PENGANGKUTAN AWAM PILIHAN UTAMA MENJELANG 2025

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri akan memastikan pengangkutan awam menjadi pilihan utama di Johor menjelang tahun 2025, dengan adanya projek mega dan pelan perancangan pada masa akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, Pelan Induk Pengangkutan Johor dibuat oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor […]

PBT JOHOR SENTIASA PEKA MASALAH BANJIR KILAT

  ISKANDAR PUTERI — Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor sentiasa peka dengan masalah banjir kilat yang sering berlaku terutama ketika musim tengkujuh. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, langkah, perancangan, persediaan dan pelaksanaan telah diambil oleh PBT Negeri Johor. “Pertama, melantik kontraktor bagi kerja penggalian dan […]

KERAJAAN JOHOR CAKNA, PRIHATIN MENJAGA KEBAJIKAN GOLONGAN OKU

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 997 Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) sejak tahun 2011 hingga Oktober lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, 177 OKU telah ditempatkan bekerja di sektor awam dan swasta. Menurutnya, YPKDT juga telah memperkenalkan inisiatif […]

JENDELA FASA 1 GIAT DILAKSANAKAN BAGI TINGKATKAN KESALINGHUBUNGAN

  ISKANDAR PUTERI — Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 kini sedang giat dilaksanakan kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, usaha itu bagi meningkatkan tahap kesalinghubungan serta kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara termasuk di Negeri Johor khususnya DUN Pasir […]

PELBAGAI INSENTIF BANTU PETANI, PELADANG DI NEGERI JOHOR TAHUN 2022

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Pertanian Negeri Johor melaksanakan 46 projek dan program insentif menerusi peruntukan RM32 juta pada tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, jumlah peruntukan itu daripada tiga sumber iaitu kerajaan negeri sebanyak RM10 juta diikuti kerajaan persekutuan RM13.9 juta dan […]

PERKHIDMATAN KESIHATAN MENYELURUH TERMASUK KAWASAN LUAR BANDAR

  ISKANDAR PUTERI — Perkhidmatan klinik bergerak disediakan kepada masyarakat di luar bandar serta orang asli di negeri ini, yang mengalami kesukaran untuk capaian fasiliti kesihatan termasuklah Kota Tinggi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, di Kota Tinggi, terdapat empat klinik bergerak memberikan perkhidmatan di empat lokaliti dan satu khusus […]

40 DESTINASI ANTARABANGSA BAHARU, PENERBANGAN DOMESTIK PADA TAHUN 2027

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 40 destinasi antarabangsa baharu dan penerbangan domestik pada masa akan datang di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), menjelang tahun 2027. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, perancangan jumlah destinasi itu melibatkan kategori domestik, ASEAN dan antarabangsa. “Kategori domestik iaitu Kuala Lumpur, Penang, […]

KERAJAAN NEGERI AKUI CABARAN BEKAL AIR BERSIH TERAWAT

  ISKANDAR PUTERI — Membekalkan air bersih terawat dengan sempurna kepada semua pengguna di negeri ini, menjadi iltizam dan komitmen kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, bagaimanapun terdapat cabaran dalam memastikan perbekalan air kekal sempurna. “Terutama membabitkan gangguan bekalan air tidak terancang seperti […]