SULTAN IBRAHIM TEGAS DAN PENYAYANG – MB JOHOR
ISKANDAR PUTERI — DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar disifatkan sebagai seorang sultan yang tegas, penyayang dan pemurah. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pendekatan yang diambil oleh Sultan Johor juga selari dengan apa yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri bagi membawa nilai tambah dan menyenangkan kehidupan rakyat Johor. […]
