OPERASI EFISIEN ATASI KESESAKAN, MUDAH URUSAN RAKYAT : MB

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor yakin pengoperasian lebih efisien dapat mengurangkan kesesakan di pintu sempadan negara di negeri ini, dan memudahkan urusan seharian rakyat.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, isu berkenaan mampu ditangani dengan berkesan hasil kerjasama semua pihak berkaitan.   “Saya yakin dan pasti dengan pengoperasian yang lebih efisien […]

RMMJ BANTU BANGSA JOHOR MILIKI RUMAH PERTAMA

  ISKANDAR PUTERI — Memiliki kediaman yang selesa merupakan impian semua manusia terutama sekali kepada mereka yang sudah mendirikan rumah tangga dan mahu membina kehidupan berkeluarga.   Meskipun begitu, untuk memiliki mahligai impian itu tidak semudah yang disangka kerana pelbagai prosedur perlu dilalui sebelum berjaya memilikinya.   Namun, Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) selaku […]

PEMBERSIHAN ‘AIR BERBAU BUSUK’ TELAH DIMULAKAN: MB

  ISKANDAR PUTERI — Takungan air berbau busuk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) diadukan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam, telah diambil tindakan sewajarnya.   Onn Hafiz berkata, perkara itu dipanjangkan kepada pihak bertanggungjawab selepas menerima aduan yang disampaikan supaya tindakan segera diambil untuk keselesaan orang […]

SKIM BANTUAN PERUMAHAN BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyediakan sehingga RM8 juta peruntukan bagi Skim Bantuan Perumahan untuk golongan asnaf, fakir dan miskin pada setiap tahun.   Penolong Pengarah Pengurusan Pungutan Zakat MAINJ, Ustaz Shafie Mustafa berkata, lebih 1,000 kediaman telah dibina baru dan dibaikpulih di bawah skim diperkenalkan sejak tahun 2003.   […]

KEPERLUAN PUSAT PENGUMPULAN BANTUAN SV MENCUKUPI

  ISKANDAR PUTERI — Barangan keperluan dikumpulkan di Pusat Pengumpulan Bantuan Southern Volunteers (SV) untuk disalurkan kepada mangsa bencana negeri Johor termasuklah banjir baru-baru ini, adalah mencukupi.   Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Dato’ On Jabbar berkata, sumbangan diterima daripada pelbagai pihak dan kemudiannya dibungkuskan kepada Kotak SV, menampung keperluan mangsa memerlukan. […]

SOUTHERN VOLUNTEERS TERIMA SUMBANGAN PACUAN EMPAT RODA

  ISKANDAR PUTERI — Pasukan sukarelawan Southern Volunteers (SV) menerima sumbangan lima pacuan empat roda bagi membantu melancarkan gerak kerja logistik.   Daripada jumlah tersebut, empat pacuan empat roda disumbangkan oleh syarikat pemaju, UEM Sunrise Berhad manakala sebuah lagi daripada Majlis Perbandaran Muar (MPM).   Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Dato’ On […]

PELAN MITIGASI KECEMASAN BEKALAN AIR UNTUK PARLIMEN PARIT SULONG

  ISKANDAR PUTERI — Gangguan bekalan air luar jangka masih berlaku di kawasan Parlimen Parit Sulong meskipun pelan mitigasi bagi mengatasi masalah berkenaan semasa musim perayaan di negeri ini, sudah dirancang dan dilaksanakan.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, tekanan air rendah dan terputus […]

TERUJA MENANTI RTS LINK JOHOR BAHRU-SINGAPURA BEROPERASI

  JOHOR BAHRU — Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura menghubungkan Malaysia dan Singapura disambut baik oleh rakyat negeri ini, yang menggunakan mod pengangkutan awam secara harian ke negara jiran.   Bagi Natasha Ardila Warkil, 25, berkata, komitmen kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan projek itu memberikan perkhabaran gembira kepadanya kerana akan menyingkatkan waktu perjalanan […]

RANHILL SAJ SEDIA PELAN KONTINGENSI ATASI MASALAH AIR DI PARIT SULONG

  ISKANDAR PUTERI — Gangguan bekalan air terutama ketika musim perayaan Aidilfitri di kawasan Parlimen Parit Sulong, mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.   Susulan daripada perbincangan bersama Ranhill SAJ hari ini, masalah bekalan air yang mengganggu penduduk di DUN Semerah dan DUN Sri Medan sejak 21 April lalu, menemui penyelesaian.   Ahli Dewan Undangan Negeri […]

LESEN PERNIAGAAN LULUS SATU HARI BEKERJA

  ISKANDAR PUTERI — Proses kelulusan lesen perniagaan di 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini, tidak lagi mengambil masa yang lama.   Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, lesen itu boleh diluluskan dalam tempoh 24 jam.   “Kelulusan lesen peniaga kecil.. peniaga pasar malam, […]