Tag Archive for: Banjir johor

MB BERI TUMPUAN SITUASI BATU PAHAT, CHAAH

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini, mempengerusikan mesyuarat khas bersama agensi berkaitan di Bilik Gerakan Bencana Johor, Johor Bahru.   Menurut beliau, mesyuarat khas tersebut bagi membincangkan situasi terkini banjir di Johor, khususnya keadaan di daerah Batu Pahat dan kawasan Chaah, daerah Segamat.   “Sehingga hari ini, hampir […]

HASIL JUALAN TIKET JDT DISALURKAN KEPADA MANGSA BANJIR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menitahkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim supaya kesemua hasil jualan tiket perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim disalurkan kepada mangsa banjir di Johor.   Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alistair Edwards, berkata menjunjung titah DYAM Tunku Ismail, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan […]

KOLEJ KEDIAMAN PERWIRA UTHM BEROPERASI SEBAGAI PPS

  BATU PAHAT — Kolej Kediaman Perwira Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini beroperasi sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir yang terjejas sekitar kawasan Parit Raja, Batu Pahat. Dalam kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook rasminya, UTHM berkata PPS terbabit akan diketuai oleh Pengarah Pusat Perumahan Pelajar UTHM, Prof Madya […]

KERAJAAN NEGERI PASTI SISTEM KESIHATAN TIDAK TERGANGGU

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor komited memastikan sistem perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tidak terganggu susulan kejadian banjir di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, terdapat 24 fasiliti kesihatan dikenalpasti terjejas sebelum ini.   Menurut beliau, kesemua fasiliti tersebut terdiri daripada klinik kesihatan dan klinik desa di […]

LEBIH 50 LOKASI DIKENALPASTI ROSAK AKIBAT BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Lebih 50 lokasi dikenalpasti mengalami kerosakan jalan akibat banjir di negeri ini.   Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.   Menurut beliau, angka tersebut dijangka bertambah sebaik sahaja pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan konsesi, Safwa Global Venture (M) […]

MORATORIUM MAMPU BERI KELEGAAN KEPADA MANGSA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Pemberian moratorium kepada mangsa banjir mampu membantu sekali gus memberikan kelegaan terutama di kalangan peniaga dan usahawan di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah menyambut baik permohonan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berhubung perkara itu.   […]

MB JOHOR YAKIN KOMITMEN PASUKAN PENGURUSAN BANJIR NEGERI

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor menaruh keyakinan terhadap komitmen agensi pengurusan bencana negeri dalam menangani situasi banjir yang berlaku di negeri ini. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut merayu anggota yang terlibat dalam operasi banjir kali ini untuk terus bersemangat dalam membantu semua mangsa banjir di Johor. “Saya memahami kekangan yang sedang […]

RAMCD GUERILLA, MOHD YUSRI WAKILI SKUAD ESPORT JOHOR KE MAKSAK KEBANGSAAN

  ISKANDAR PUTERI — Pasukan ESport Kastam Diraja Malaysia (KDRM), RMCD Guerilla muncul pemenang keseluruhan apabila menggungguli pertarungan bagi kategori Players Unknown Battleground (PUBG) Mobile pada saingan Pemilihan Atlet Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Johor ke Kejohanan MAKSAK Peringkat Kebangsaan 2023. Bagi kategori Play Station FIFA 23 pula dimenangi oleh Pegawai Perkhidmatan […]

SV LAKSANA MISI PASCA BANJIR DI PENGERANG

  KOTA TINGGI — Seramai 250 anggota Southern Volunteer (SV) hari ini menyertai program Misi SV Pasca Banjir di sekitar kawasan Pengerang bagi membantu penduduk membersihkan kembali kediaman mereka yang terjejas akibat banjir. Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) YB Dato’ Hj On Jabbar, berkata inisiatif SV itu dilaksanakan bagi mengurangkan beban yang […]

TANGKAK DAERAH TERBARU DILANDA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 107 keluarga terdiri daripada 453 mangsa terjejas berikutan kejadian banjir melanda lima daerah di Negeri Johor. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu laporan setakat jam 2 petang tadi, memberitahu daerah yang terjejas adalah Segamat, Kulai, Kluang, Pontian dan Tangkak. Keseluruhan, sebanyak lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka dan beroperasi […]