Tag Archive for: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor

PERUMAHAN KASIH JOHOR KUKUH AGENDA PERUMAHAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

  #Kulai – Seramai 1,020 penerima menikmati manfaat Perumahan Kasih Johor (PKJ) yang membuktikan keprihatinan dan kesungguhan luar biasa Kerajaan Negeri dalam memperkukuh agenda perumahan demi kesejahteraan Bangsa Johor.   Bagi fasa pertama pelaksanaan satu-satunya inisiatif seumpamanya di negara ini, seramai 780 penerima yang layak menerima Bantuan Beli Rumah Pertama berjumlah RM5,000, manakala 240 individu […]

MAJLIS DAERAH TANGKAK RAIH PENGIKTIRAFAN ANUGERAH KHAS MURNINETS

  #JohorBahru – Majlis Daerah Tangkak (MDT) memenangi tempat pertama bagi Anugerah Khas Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (MURNInets) Peringkat Negeri Johor 2025 sebagai penghargaan atas usaha dan komitmen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu dalam mencapai tahap kemampanan bandar yang cemerlang.   Program MURNInets merupakan satu inisiatif di Malaysia yang dikelola oleh PLANMalaysia […]

PERUMAHAN KASIH JOHOR JAMIN BANGSA JOHOR MILIKI KEDIAMAN

  #Kulai – Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) terus komited meringankan beban rakyat khususnya melalui sokongan bantuan bagi merealisasikan impian memiliki kediaman sendiri menerusi inisiatif Perumahan Kasih Johor yang diumumkan dalam Belanjawan Johor 2026.   Belanjawan yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor itu menyaksikan Kerajaan Negeri […]

PERANAN AHLI MAJLIS DIPERKUKUH BAGI CAPAI AGENDA MAJU JOHOR 2030

  #JohorBahru – Semua Ahli Majlis di setiap peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini perlu memainkan peranan masing-masing dengan berkesan terutama dalam memastikan agenda besar Maju Johor 2030 akan benar-benar dapat dicapai.   Bagi tujuan itu, Ahli Majlis yang juga selaku ‘wakil rakyat kecil’ di kawasan zon masing-masing perlu memberikan tumpuan dalam menyokong […]

INISIATIF BAUCAR KASIH JOHOR DIPERKENAL BUAT PERTAMA KALI

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor di bawah pentadbiran YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mencipta sejarah apabila buat pertama kali bakal memperkenalkan Inisiatif Kos Sara Hidup Baucar Kasih Johor, sebuah skim subsidi makanan bersasar yang sedang dalam proses untuk dimuktamadkan.   Inisiatif yang bakal dilaksanakan bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan […]

14,408 PENGHUNI PPR, RSK TERIMA BANTUAN KASIH JOHOR

    #IskandarPuteri – Seramai 14,408 penerima terdiri daripada 11,182 penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) dan 3,226 penghuni Rumah Sewa Kerajaan menerima Bantuan Kasih Johor berjumlah RM200 secara ‘one-off’ melibatkan peruntukan RM2.88 juta.   Bantuan yang diagihkan secara berperingkat sehingga 20 Oktober itu merupakan inisiatif tambahan diumumkan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor […]

PERUNTUKAN TAMBAHAN RM56 JUTA BUKTI KESUNGGUHAN AGENDA BANDAR PINTAR JOHOR

  #JohorBahru – Kesungguhan Kerajaan Johor dalam usaha menjayakan agenda Bandar Pintar sekali lagi dizahirkan apabila sebanyak RM56 juta peruntukan tambahan bakal disalurkan kepada 16 pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri ini pada tahun depan.   Ia sekali gus menjadikan jumlah peruntukan bagi pembangunan inisiatif Bandar Pintar Johor kini mencecah sebanyak RM156 juta sejak ia […]

ZOO JOHOR BAKAL BEROPERASI WAKTU MALAM

  #IskandarPuteri – Projek pembangunan Fasa Kedua Zoo Johor yang sedang giat dilaksanakan dijangka bakal disiapkan sepenuhnya pada 15 Disember tahun ini, merangkumi pelbagai penambahbaikan dalam usaha memperkasa sektor pelancongan negeri menjelang Tahun Melawat Johor 2026.     Bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM7 juta bagi pembangunan fasa ini, termasuk pembinaan kemudahan […]

PBT PERLU KREATIF MANFAATKAN KIOS KPKT

  #Kulai – Kerajaan Negeri Johor menyeru semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini supaya memanfaatkan kemudahan pondok niaga atau kios yang disediakan di bawah inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengelakkannya menjadi projek ‘gajah putih’.   Bagi tujuan itu, semua PBT di Johor perlu lebih kreatif dan proaktif supaya kios ini […]

MANGSA BANJIR TERIMA BANTUAN KHAS RM3,000 HARI INI

  #Kulai – Kerajaan Negeri mula menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) Gelombang Kelima berjumlah keseluruhan RM11.2 juta kepada 3,749 Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) secara serentak membabitkan enam daerah yang terjejas, hari ini.   Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM1.7 juta disalurkan kepada 575 KIR terjejas […]