EXCO KERAJAAN JOHOR BERSAMA SUKARELAWAN BERSIH KAWASAN STULANG


EXCO Kerajaan Johor, Mohd Hairi Mad Shah serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ On Jabbar bersama para sukarelawan membersihkan kawasan sekitar Stulang.

 

ISKANDAR PUTERI — Lebih 150 peserta terdiri daripada sukarelawan Southern Volunteers, belia serta masyarakat setempat terlibat dalam program Johor Bersih di sekitar kawasan Stulang, hari ini.

 

Aktiviti gotong royong itu turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

 

Turut sertai program adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Belia, Sukan dan Sukarelawan), Dato’ On Jabbar, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin setempat.

 

Antara lokasi yang dilalui dan dibersihkan merupakan sekitar Pantai Stulang, kawasan letak kereta awam Stulang, Flat Taman Stulang Laut dan kawasan sekitar.

 

Program Johor Bersih dilancarkan sejak tahun lalu, merupakan seruan murni Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk melaksanakan kerja pembersihan di kawasan masing-masing.

 

Sejajar dengan Teras Kelima agenda Maju Johor iaitu Keselamatan, Kebersihan dan Alam Sekitar, program Johor Bersih memupuk semangat menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor