EXCO KERAJAAN JOHOR SERU LEBIH RAMAI MENJAYAKAN JOHOR BERSIH


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail menyertai aktiviti ‘plogging’ di sekitar Dataran Tangkak, Tanjung Agas, dekat Tangkak, bersama penduduk setempat, hari ini | Sumber gambar Facebook Khairin-Nisa Ismail.

 

ISKANDAR PUTERI — Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail menyertai aktiviti ‘plogging’ di sekitar Dataran Tangkak, Tanjung Agas, dekat Tangkak, bersama penduduk setempat, hari ini.

 

Menurutnya, aktiviti yang bermula seawal jam 7 pagi itu merupakan salah satu langkah kerajaan negeri dalam menjalankan agenda Johor Bersih ke arah mencapai status Negeri Maju 2030.

 

“Tambahan, membersihkan kawasan sekitar juga adalah merupakan tanggungjawab bersama yang seharusnya diterap kepada semua golongan masyarakat yang juga akan memberi impak positif kepada penduduk setempat.

 

“Saya berharap agar lebih ramai yang akan mengikuti aktiviti plogging ini bagi menjayakan agenda Johor Bersih ini dan dalam masa yang sama dapat menjaga kelestarian alam sekitar kita,” katanya beliau menerusi Facebooknya.

 

Khairin-Nisa juga berharap aktiviti itu bukan sahaja dilakukan setiap hari Ahad, tetapi turut dijayakan pada waktu lain demi bersama menjaga kebersihan persekitaran sekeliling.

 

“Suka saya ingatkan bahawa para pengunjung agar tidak membuang sampah merata-rata terutama kepada para pembeli makanan dan para penjaja di kawasan sekitar bagi menjaga kebersihan di tempat awam,” kata beliau lagi.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor