EXCO KERAJAAN JOHOR SERU SERTAI SOUTHERN VOLUNTEERS


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah mengajak rakyat negeri ini untuk menyertai Southern Volunteers (SV) | Sumber Facebook Mohd Hairi Mad Shah.

 

ISKANDAR PUTERI — Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah mengajak rakyat negeri ini untuk menyertai Southern Volunteers (SV).

 

Menurut beliau, penyertaan dalam gerakan sukarelawan tersebut memupuk semangat cinta kepada negeri dan membantu golongan memerlukan.

 

“Saya menyeru kepada semua Bangsa Johor untuk sama-sama beramai-ramai menyertai gerakan sukarelawan SV dalam memupuk semangat cinta dan sayangkan Negeri Johor tidak kira bagi menghulurkan bantuan secara langsung mahupun tidak langsung.

 

“Penglibatan SV serta kelompok belia dan masyarakat setempat adalah antara konsep bagi melahirkan masyarakat yang saling membantu dalam mengeratkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum,” katanya.

 

Terdahulu, beliau bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Belia, Sukan dan Sukarelawan), Dato’ Onn Jabbar dan sukarelawan SV turun padang melakukan kerja pembersihan rumah miskin tegar di Rumah Pangsa Larkin.

 

“Saya dan Team SV juga berkesempatan melakukan ziarah ke kediaman-kediaman di Flat Larkin bagi menyampaikan kotak sumbangan kepada keluarga miskin tegar,” katanya.

 

Beliau turut memaklumkan pelaksanaan Program SV Bersama Bantu Miskin Tegar adalah untuk menyahut titah seruan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggerakkan gerakan sukarelawan itu selain saranan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi bersama membasmi miskin tegar.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor