GENERASI MUDA TERUS HIDUPKAN TRADISI KEJUT SAHUR


Konvoi Program Kejut Sahur. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Bangkit daripada tidur untuk bersahur ketika bulan Ramadan dikejutkan jam loceng mungkin terlalu ‘mainstream’, namun berbeza di FELDA Gugusan Adela apabila penduduk dikejutkan dengan paluan kompang dan gendang yang menjadi tradisi sejak tahun 2018 sehingga ke hari ini.

 

Bermula seawal jam 4 pagi, lebih 200 peserta program Kejut Sahur terutama orang muda setempat akan berkonvoi sejauh lebih 15 kilometer mengelilingi FELDA Gugusan Adela yang merangkumi FELDA Sening dan FELDA Tunggal untuk memastikan penduduk bangun bersahur.

 

Kesemua peserta Kejut Sahur kemudiannya menamatkan konvoi berhenti meraih keberkatan bersahur dengan menikmati pelbagai juadah disediakan dan seterusnya bersama menjayakan program Semarak Subuh di Surau Al-Wahid FELDA Tunggal.

 

Turut serta memeriahkan Program Kejut Sahur FELDA Gugusan Adela adalah Yang Berhormat Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Negeri Johor kawasan Tanjung Surat.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor