HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN JIKA 1 SYAWAL JUMAAT INI


Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim | Ihsan Foto Facebook Anwar Ibrahim.

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan mengisytiharkan Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan, sekiranya 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat ini.

 

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, penetapan itu berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

“Walaubagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan,” katanya.

 

Selain itu, beliau berkata, kerajaan negeri bagi Sabah dan Sarawak boleh mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor