HUBUNGAN ISTIMEWA JOHOR-SINGAPURA PERLU TERUS DIPERKUKUHKAN


Perkara itu dizahirkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyifatkan kedua belah pihak saling melengkapi antara satu sama lain. | Foto ihsan FB Onn Hafiz Ghazi

 

ISKANDAR PUTERI — Jalinan hubungan istimewa antara Johor dan Singapura sejak sekian lama, perlu terus diperkukuhkan demi kemakmuran bersama.

 

Perkara itu dizahirkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyifatkan kedua belah pihak saling melengkapi antara satu sama lain.

 

Beliau yang dalam rangka lawatan ke negara jiran memberitahu telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Menteri Pembangunan Negara Singapura, Desmond Lee.

 

“Perbincangan kami banyak tertumpu kepada bagaimana Johor boleh meningkatkan kerjasama dengan Singapura, demi kepentingan bersama rakyat Johor dan Singapura dan juga berkenaan cadangan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor – Singapura di Wilayah Iskandar Malaysia.

 

“Kami turut berbincang berkenaan persiapan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia – Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) kali ke-16 yang akan diadakan di Singapura pada tahun ini,” kata beliau dalam Facebook rasminya, pada Khamis.

 

Onn Hafiz turut menzahirkan harapan semoga segala usaha yang bakal dilaksanakan melibatkan kedua belah pihak bermanfaat kepada Bangsa Johor dan Singapura.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor