INISIATIF KABIN BANTU ATASI KESESAKAN DI SA PULAI INDAH


YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Johor mengambil langkah proaktif menyediakan inisiatif dua kabin tambahan serta kelengkapan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mengatasi isu kepadatan murid yang berlaku di Sekolah Agama (SA) Taman Pulai Indah.

 

Kelengkapan yang kini sudah 90 peratus siap itu dijangka akan memberi keselesaan kepada murid sekolah agama berkenaan untuk menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam suasana yang lebih selesa.

 

Selain itu, pemantauan dilakukan oleh Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) Kulai juga mendapati dakwaan kononnya murid sekolah agama berkenaan mengikuti sesi PdP di kaki lima dan koridor adalah tidak benar sama sekali dan perkara ini telah disahkan sendiri oleh guru besar sekolah tersebut.

 

Justeru, YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor memberi komitmen dalam memastikan setiap aktiviti PdP di sekolah agama akan dapat dijalankan dalam keadaan yang kondusif terutama membabitkan hal ehwal murid dan guru sekolah yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor