ISKANDAR PUTERI MENUJU PENGIKTIRAFAN ‘BANDAR PEMBELAJARAN’ 2025


YB Dato’ Mohd Haffiz Ahmad, Datuk Bandar MBIP. | Foto Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

 

Bandar raya Iskandar Puteri kini menuju ke arah pengiktirafan Bandar Pembelajaran Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun hadapan.

 

Pengiktirafan daripada pertubuhan antarabangsa itu bertujuan untuk mewujudkan amalan baik dalam mempromosikan pendidikan yang berkualiti dan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua.

 

Bagi merealisasikan impian tersebut, satu Bengkel Persiapan Hala Tuju Menjadi Bandar Pembelajaran diketuai Sheikh Faisal Sheikh Mansor, perunding khas Bandar Pembelajaran UNESCO diadakan pada 24 dan 25 Mac lalu.

 

Dihadiri 14 sekretariat yang dilantik bagi memastikan pelaksanaan program akan dilaksanakan, bengkel berkenaan membincangkan kesiapsiagaan Iskandar Puteri ke arah bandar raya yang diiktiraf.

 

Terdahulu, perkara itu dimaklumkan YB Dato’ Mohd Haffiz Ahmad, Datuk Bandar MBIP dalam amanatnya pada Mesyuarat Penuh Bilangan 3/2024. Turut hadir, YBhg. Datuk Abdul Rashid Kasman, Ketua WHIP MBIP serta YBrs. Khasanah Sufa’at, Setiausaha MBIP.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor