ISU PENCAHAYAAN, AIR DIPANJANGKAN KEPADA MENTERI


EXCO Kerajaan Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh bersama delegasi kerajaan negeri mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad di Kuala Lumpur | Sumber gambar Facebook Fazli Salleh.

 

ISKANDAR PUTERI — EXCO Kerajaan Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad di Kuala Lumpur.

 

Beliau yang bertanggungjawab terhadap portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur berterima kasih kepada pihak kementerian atas kesudian menerima kehadiran serta mengadakan perbincangan bersama delegasi kerajaan negeri.

 

Mohamad Fazli berkata, pelbagai perkara dibincangkan terutama isu kemaslahatan rakyat melibatkan portfolionya dibincangkan dalam pertemuan tersebut yang berlangsung dalam suasana harmoni itu.

 

“Antara perkara yang dibincangkan ialah mengotptimumkan penggunaan tiang-tiang elektrik TNB untuk pemasangan lampu bagi pencahayaan kawasan-kawasan merbahaya dan kerap berlaku kemalangan.

 

“Isu air juga turut dibincangkan dan menteri memberikan komitmen untuk melihat pembangunan dan kemajuan Johor sebagai keutamaan dalam membantu isu-isu air yang dibangkitkan,” kata beliau di Facebook rasminya.

 

Selain itu, Mohamad Fazli memberitahu telah membincangkan usaha mengadakan ‘Asian Pasific Climate Week’ tahun ini di Johor seperti dihasratkan Invest Johor dan ‘UN Global Compact Malaysia and Brunei’ yang memerlukan sokongan menteri.

 

“Hubungan baik yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak bakal membuahkan hasil yang positif demi kemajuan dan kemakmuran khususnya kepada Negeri Johor,” kata beliau.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor