JAINJ SOKONG PENGANJURAN PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID, SURAU


 

Jabatan Agama Islam Negeri Johor menzahirkan sokongan terhadap penganjuran program pengimarahan masjid dan surau di negeri ini.

Bagaimanapun, masjid dan surau hendaklah memastikan penceramah, pentazkirah dan pemberi syarahan mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Sebarang Majlis ucapan atau penyampaian melibatkan ahli politik dan wakil rakyat tidak dibenarkan kecuali kepada YAB Menteri Besar dan YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.

Sumber: https://www.facebook.com/jainjohor

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor