MENJUNJUNG KASIH DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR ATAS KEBERANGKATAN KE MAJLIS PELANCARAN MEDIA DIGITAL JOHOR


 

Keberangkatan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bersama YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam telah menyeri dan menyempurnakan lagi Majlis Pelancaran Media Johor pada 19 Oktober 2022.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keberangkatan DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar yang telah memanifestasikan dukungan terhadap platform setempat Kerajaan Negeri Johor ini.

Media Digital Johor merupakan ilham dan cetusan idea DYAM Tunku Mahkota Johor bagi menyelaras penyampaian serta perkongsian maklumat yang boleh dipercayai, sahih, tepat dan pantas mengenai Negeri Johor.

Sumber: https://www.facebook.com/hrhcrownprinceofjohor

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor