SOLAT HAJAT MEMOHON KESEJAHTERAAN NEGERI JOHOR


 

Jabatan Agama Islam Negeri Johor memohon masjid dan surau Jumaat di seluruh negeri ini, melaksanakan solat hajat demi kesejahteraan Johor.

Solat hajat yang dilaksanakan selepas solat fardu Jumaat itu bagi memohon agar dijauhkan daripada bencana banjir.

Ia berikutan musim hujan dihadapi Negeri Johor pada setiap tahun, yang akan mengakibatkan berlakunya banjir di beberapa kawasan.

Pelaksanakan solat hajat di masjid dan surau Jumaat itu bermula pada 7 Oktober 2022 hingga 28 Oktober 2022.

Sumber: https://www.facebook.com/jainjohor

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor