JDT BAKAL METERAI KERJASAMA BERSAMA DUA JENAMA ANTARABANGSA


Kerjasama itu dilihat sebagai satu lagi langkah untuk meningkatkan nilai komersial pasukan Harimau Selatan. | Foto Ihsan FB JOHOR Southern Tigers.

 

ISKANDAR PUTERI — Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal memeterai kerjasama bersama dua jenama antarabangsa apabila perbincangan berkaitan kolaborasi itu kini di peringkat akhir.

 

Menerusi siaran di laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers (JST), kerjasama itu dilihat sebagai satu lagi langkah untuk meningkatkan nilai komersial pasukan Harimau Selatan.

 

“Antara perincian kerjasama itu adalah termasuk pembukaan cawangan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang ikonik, ‘visibility’ untuk kelab, kempen bersama dan ganjaran istimewa buat Keluarga JDT,” jelas kenyataan itu.

 

Untuk rekod, JDT sebelum ini telah bekerjasama dengan jenama dan organisasi antarabangsa seperti Sosias.com, Nike, UNICEF, Hublot, Aston Martin Racing Asia, HID Global, Subway, Life Fitness dan Universal Music.

 

“JDT juga sebelum ini telah mengumumkan pembukaan cawangan Starbucks di SSI. ‘The Home of Southern Tigers’ itu telah pun mempunyai cawangan Woodfire Burgers, KFC dan Subway. Luaskan Kuasamu Johor,” jelasnya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor