TMJ MAHU JDT MENANG, CIPTA SEJARAH


Baginda Tunku bertitah mengingatkan KL City bahawa JDT pada masa kini tidak sama seperti pasukan yang The City Boys tewaskan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021. | Foto ihsan JOHOR Southern Tigers

 

ISKANDAR PUTERI — DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berharap Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya melakar kemenangan ke atas Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam pentas akhir Piala FA 2023.

 

Baginda Tunku bertitah mengingatkan KL City bahawa JDT pada masa kini tidak sama seperti pasukan yang The City Boys tewaskan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021.

 

“Kita boleh tengok ‘for the last’.. tak silap saya empat atau lima perlawanan lawan KL, kami menang semua sekali perlawanan dan juga kami telah ‘score’ 20 gol dan mereka ‘only score’ 1 gol.

 

“Dan mereka kena tahu pasukan yang mereka akan lawan pada ‘final’ ini bukan pasukan yang sama main (perlawanan akhir Piala Malaysia) 2021. Adalah pasukan yang lain dan juga beberapa pemain yang berbeza.

 

“Jadi saya berharap kami boleh menang dan mencipta sejarah lagi, tetapi dalam bola sepak apa apa boleh berlaku,” titahnya dalam sesi soal jawab dimuat naik dalam Facebook JOHOR Southern Tigers, pada Khamis.

 

Tunku Ismail bertitah, dalam bola sepak, mana-mana pasukan termasuk JDT boleh mengadakan kekalahan dan juga mencatatkan kemenangan.

 

“Tetapi bagi saya, hari itu kita kalah ‘was’ kita punya ‘bad day’. Kita tidak bermain macam mana JDT bermain,” titah Pemilik JDT.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor