JDT ‘BERJIMAT’ DEMI MASA HADAPAN


Aksi Akhyar Rashid dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2023 menentang BG Pathum di Stadium Sultan Ibrahim. [Foto MDJ/Wira Anggara]

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melakukan transformasi berskala besar menjelang musim 2024 dan 2025.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards, beberapa perubahan bakal dilakukan membabitkan kakitangan termasuk pemain dan staf teknikal yang akan dilepaskan oleh kelab.

Beliau juga memaklumkan Harimau Selatan perlu membuat penstrukturan kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang.

Langkah progresif itu setelah kelab membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk projek bola sepak termasuk insfrastruktur dalam tempoh enam hingga tujuh tahun lalu.

Justeru, kelab sudah memutuskan untuk mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30 ke 40 peratus untuk membolehkan proses tersebut.

Sebelum ini, beberapa nama pemain seperti Haziq Nadzli, Adam Nor Azlin, Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad dikhabarkan antara nama-nama yang bakal berhijrah ke pasukan lain.

 

#SukanMDJ #MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor