24 JALAN DIKENAL PASTI SESUAI GUNA TEKNOLOGI ‘GLOW IN THE DARK’


Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor memaklumkan kesemua lokasi terbabit terletak di lapan daerah iaitu Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat, Tangkak, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Mersing. | Foto Arkib MDJ

 

Terdapat 24 lokasi jalan di negeri ini, dikenal pasti sesuai untuk dinaik taraf menggunakan teknologi garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘glow in the dark’.

 

Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor memaklumkan kesemua lokasi terbabit terletak di sembilan daerah iaitu Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat, Tangkak, Kluang, Kulai, Kota Tinggi, Muar dan Mersing.

 

Bagi melihat keberhasilan teknologi terbabit, pengujian dan kajian awal garisan jalan bercahaya itu akan dilaksanakan Jalan Simpang Renggam (J26) di Kluang.

 

Teknologi itu juga sesuai untuk lokasi mempunyai kadar pencahayaan yang rendah bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin serta boleh dipasang di laluan pejalan kaki, ‘kerb’ dan perabot jalan.

 

Sejumlah RM1 juta diperuntukkan dalam Belanjawan Johor 2024 bagi menaik taraf garisan jalan kepada jenis ‘glow in the dark’ bagi meningkatkan aspek keselamatan pengguna di kawasan gelap dan kerap berlaku kemalangan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor