JDT KINI BERNILAI HAMPIR RM1 BILION


Pemilik JDT itu memaklumkan nilai tersebut meliputi pelbagai aspek termasuk kekuatan kewangan, komersial dan aset kelab. | Foto ihsan JOHOR Southern Tigers

 

ISKANDAR PUTERI — DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini semakin menghampiri nilai RM1 bilion.

 

Pemilik JDT itu memaklumkan nilai tersebut meliputi pelbagai aspek termasuk kekuatan kewangan, komersial dan aset kelab.

 

“Setakat ini kami telah cecah 80 peratus. Jadi kami ada lagi 20 peratus untuk mencapai ‘target’ kami untuk jadi kelab bernilai RM1 bilion,” titah baginda menerusi siaran video dalam Facebook JOHOR Southern Tigers, pada Khamis.

 

Tunku Ismail bertitah, JDT berkemungkinan besar akan menandatangani pemain import baharu bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

 

“Kami tahu di mana kami perlukan pemain import. Jadi ia dalam perancangan dan kami sedang berunding buat masa ini.

 

“Sudah tentu akan ada agenda untuk memperbaiki pasukan,” titah Tunku Ismail.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor