JDT LENGKAP SERBA SERBI


Pasukan JDT III mempertahankan kejuaraan Piala Presiden selama dua musim berturut-turut.

Kapten pasukan JDT III telah menunjukkan keyakinan dalam satu sesi sidang media sebelum perlawanan Final 2 Piala Presiden 2023. Mentaliti menang di dalam Kelab Bolasepak JDT terbukti diterapkan hingga ke skuad muda dan juga skuad akademi.

“Next game kita kena fokus untuk final kedua ini. Walaupun kita sudah leading 3-1, kita tak boleh ambil mudah. Dalam bola sepak, apa-apa pun boleh jadi. 

“Semua pemain kena fokus dan buat yang terbaik untuk final kedua nanti” kata Adam Daniel Mohamad, kapten pasukan JDT III.

Pasukan JDT III menang 2-0 ke atas pasukan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir kedua Piala Presiden 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG). 

Berbekalkan jumlah agregat 5-1, pasukan JDT III mempertahankan kejuaraan Piala Presiden selama dua musim berturut-turut. 

Mesej jelas daripada kelab bolasepak JDT bahawa ‘ubi muda’ yang sedang dibentuk siap sedia untuk dituai. Kejayaan pasukan JDT III menjulang trofi Piala Presiden 2023 ini melengkapkan koleksi trofi ke-53 sejak penubuhan kelab pada 2013. Percaya pada proses, bintang-bintang muda JDT sudah bersedia untuk menyinar di masa hadapan.

 

#MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor